Sunday, February 9, 2014

INDAHNYA ZAMAN KECILKU...

Nostalgia lama...walaupun mungkin pada orang lain, benda-benda ni tak perlu diingat tapi bagi aku ianya satu kenangan indah yang buat aku rasa teringin nak melalui saat-saat tu semula.
 
Bagi korang yang biasa duduk kampong , mungkin pengalaman menggunakan dapur kayu tu adalah satu pengalaman biasa. Bagi aku..nama jer orang Perak tapi Perghah bab-bab menatang ni..Tapi setiap kali balik bercuti ke kampong, aku cukup suka ke dapur menolong emak. Bukan nolong masak tapi menolong menghidupkan api dapur kayu ni. Seronok rasanya tengok api menyala lepas ditiup. Tak tau nyer camner sengsara orang yang mengggunakannya setiap hari. Habis hitam serombong hidung!

 
Selalunya tepi dapur tu akan dibuat para tempat meletakkan pinggan mangkuk yang telah dibasuh. So airnya akan menitik ke tanah kerana lantainya dibuat jarang. Paling aku suka ada lantai jarang tempat membasuh pinggan mangkuk.
 
Dapur cam ni kira dah moden la zaman aku kecik dulu...Guna minyak tanah yang di isi kat balang kaca di tepi tu. Nostalgia masa kecik2 dulu bila kakak saudara aku membuat rempeyek. Tah macammana...api menyambar dapur tersebut. Bagi mengelakkan rumah dijilat api, dapur tersebut dihumbannya ke tanah..Rempeyek kemana...dapur ranap.
 
 


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com