Friday, January 17, 2014

PERANCANGAN HARI TUA ANDA.

Tajuk skema sungguh! Cam tajuk forum plak. Tapi serius blogger semua. Diam tak diam, kita hampir melangkah ke usia matang (senang cakap kita makin tua). Agak-agak korang, dah ada ke perancangan dalam meniti usia tua tu.

Korang sedar tak yang harga rumah makin lama semakin naik? Kalau dulu, beli flat kos rendah dapatlah rega dalam RM 80k tapi sekarang ni rega dia dah naik ke RM100k ++ okay. Ada gak kengkawan tanya aku, camner aku berupaya membeli rumah sana sini. Ni aku nak perturunkan sedikit info yang mungkin berguna buat korang di luar san.

1st sekali korang kenelah ada duit tabungan juga sebab kebanyakan rumah yang dijual memerlukan 10% daripada rega rumah tersebut. Bukan tu jer, korang kena ada duit gak untuk bayar lawyer fee. Bukan main pakai air liur jer. Time aku dulu, Alhamdulillah senang nak dapat loan sebab mungkin time tu tangga gaji aku dan hubby dah kira okay and yang penting kami tak ada bad record dengan mana-mana bank.

Dalam usia aku ketika itu 20an alhamdulillah...dah mampu membeli rumah dan memiliki rumah sewa. Bagi aku, tak rugi melaburkan duit dalam bidang hartanah ni sebab ia menjanjikan pulangan yang lumayan. Sebab itu aku gigih berusaha mencapai misi kami meskipun ketika itu ada rakan-rakan yang teruja membeli kereta berjenama. Bagi aku, membeli rumah bukan sesuatu yang merugikan malah nilainya akan meningkat setiap tahun berbanding kereta yang akan mengalami susutnilai.

Belum terlambat untuk anda memulakan dari sekarang!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com