Aku terbaca satu buku ni..buku bertajuk "AKU CINTA". Jangan salah faham yer..buku ni bukan buku kisah cintan cintun tapi buku motivasi yang mengasah minda dan semangat kita..
Buku ni aku jumpa di klinik sewaktu bawak hubby ke klinik. Lepas raya ni jem plak kepala dia...sakit kepala berdenyut-denyut katanya...Heran nyer..bila check tekanan darah, doktor kata okay..mungkin migraine kata doktor. Banyak fikir kot hubby aku ni..camner nak jadik jutawan camni..ada masalah sket jer dah migraine..
.
Berbalik pada isi kandungan buku tadi yer...ada satu bab tu tentang seorang lelaki yang cuba untuk membantu rama-rama yang begitu susah payah mengeluarkan diri dari kepompongnya. Tindakan lelaki tersebut yang mengoyakkan kepompong tersebut akhirnya meyebabkan rama-rama tadi dapat keluar namun mati akhirnya kerana sebenarnya ia tidak cukup matang dan belum bersedia sepenuhnya untuk keluar.
Moral of the story...Tiap yang Allah jadikan di dunia ini punya sebab dan musababnya. Tiap permasalahan dan dugaan yang Allah turunkan kepada kita itu ada fadhilatnya. Ia membuat kita jadi lebih matang dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa akan datang. Malah membuat kita lebih bersyukur kerana kejayaan yang kita dapat hari ini adalah hasil jerih perih kita selama ini. Ianya lebih manis dan indah bukan..
Dapat gak sedikit ilmu walaupun cuma sekejap membelek buku tersebut....
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com