Wednesday, August 27, 2014

BUKAN MUDAH...

Sajer nak ngajak korang kat luar sana berfikir...mengapa dalam dunia ni ada berlaku ketidakadilan yer?. Pemimpin tak adil dengan pengikutnya...ibubapa tak adil dengan anak-anaknya...majikan tak adil dengan pekerjanya..


Memang susah sebenarnya nak berlaku adil..tak semudah kata-kata yang diucapkan.. Tapi tak bermakna kita tak boleh mengubahnya. Kalau pun tak boleh berubah 100%..berubahlah ke arah yang lebih baik. Semua ini untuk kebaikan semua juga dan tidak ada pihak yang akan terluka dengan perbuatan kita yang cuma memandang kepada sebelah pihak sahaja.

Mungkin pihak yang terpinggir tidak akan bersuara..tapi tetap tidak menyelesaikan permasalahan kan..???. Sebenarnya, bukan mudah untuk jadi seorang pemimpin...samada menjadi pemimpin kecil ataupun pemimpin yang besar. Tanggungjawab anda sebenarnya berat malah anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti jika anda tidak menjalankan amanah yang diberi...

Pangkat di dunia ini bukan untuk meminta diri kita dihargai dan disanjung tapi ianya satu tugas berat yang harus kita pikul sebaik-baiknya agar kita tidak dipersoalkan nanti jika berlaku ketidak adilan dan kepincangan .

So tak payah ler berangan malah nak berebut2 kuasa nak menjadi pemimpin jika sekiranya niat dan iktikad kita lari dari tujuan sebenar...Dari mengejar pangkat dan nama..ada lebih baik sekiranya kita mengejar ilmu akhirat sebagai bekalan..

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com