Raya tahun ni cukup hapenning bagi aku. Walaupun beraya dengan kaki patah..tapi tak bermakna aku tak beraya hokeyyy..Mak siap ke Senawang nokss...kami beraya ke rumah ex-monitor aku masa form 5 dulu. Almost 32 years tak jumpa ko.
Aku tumpang keta kawan..Janji kol 11 a.m tapi dek kerana numpang keta orang..awal lagi dlm kol 9 lebih sket aku dah kuar tunggu dia kat bus stand..Tetiba ada le satu hilux ni dah terlajak dari bus stand tu..tetiba berhenti dan gostan ke tempat bus stand yg aku tunggu tu.
Ingatkan tu kawan yg datang jemput aku tu (rupa pon tak ingat dah lama tak jumpa kan..) Masa keta tu reversed. .berkata gak dalam hati aku.."Bior betul Salina ni..aku nak duduk mana..tak kan nak bersila kat belakang plak". Tetiba mamat dlm keta ni pelawa aku naik keta dia..Wei bior betul dia ni...seram gak aku tgk gelagat dia tapi control..aku tolak cara baik..terus dia pegi...
Tetiba time tu hp aku bunyi plak..hubby aku..tanya dah sampai mana..Dengan gediks nyer, aku bagi tau dia..ada orang pelawa wife dia naik keta tadi...Dia nak usha kamu ler tu.. kata dia tergelak2. (boleh gelak lagi jantan sorang ni) Buatnya betul2 mamat tu kidnapped aku..baru padan muka dia...
Kesudahannya kami selamat sampai umah kak keen...Happy sebab jumpa kawan lama. Masih tak jauh berbeza kengkawan aku ni...riuh rendah umah kak keen kami buat..Anyway happy sangat..sampai lupa kaki aku yg sakit ni...Tq gak kengkawan yg sudi tumpang kan aku yer.
Balik KL..singgah umah rakan semeja aku masa form 5. .pelajar paling senyap dlm kelas....tak sangka boleh jumpa dia...
Yang kelakarnya masa beraya umah kwn aku di AU ni...mak dia boleh tanya kat kawan aku yg pakai tudung hitam tu..."Anak ke nie?" Sambil tangannya menunjuk pada aku.Hadoiii makcik...kitaorang ni sebaya....kata kawan aku. Aku? Dah ilang keayuan, kesopanan dan kesusilaan aku bila mendengar ayat makcik tu dan melihat aksi muka kawan aku..Sorry Nab..ko maafkan jerlah makcik tu...mata dia dah kurang nampak..
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com