Penah tak korang rasa berurusan dengan mana-mana Jabatan yang buat darah korang membuak-buak marah. Baru-baru ni aku berurusan dengan syarikat Ace Jerneh (yang rasanya tak ler jerneh macam nama syarikatnya). serius memang aku tak puas hati dengan cara polisinya yang berat sebelah!
Hubby aku meet an accident dengan salah seorang policyholder syarikat Insurance ni. Setelah aku kumpulkan segala dokumen seperti hasil siasatan dan polis repot untuk disubmit kepada syarikat insurance ni...boleh plak dorang refused nak bayar atas alasan yang aku rasa super BODOH DAN TAK MASUK AKAL!
Menurut minah yang incharge tu..dorang tak layan tuntutan claim tu sebab policyholder tu tak buat laporan mengatakan yang dia dah langgar hubby aku kepada pihak insurancenya. Boleh?. Makna kata..sapa-sapa yang ambik insurance dari "Ace Keruh" ni terlepas manjang sekalipun dia langgar orang sampai mati!. And paling bagus tu NCB dia tak susut2 sebab tak der claim dari mana-mana pihak.
Korang tau tak insurance polisi korang ni paling bangang yang aku penah dengar!. Kalau yer pun korang nak menjaga policyholder korang..make sure lah defend pada benda yang benar sebab cara korang ni menganiaya orang lain...faham tak?.
Kalau dah bukti yang aku tunjuk tu tak membolehkan aku buat tuntutan Insurance dan minah tu keep on cakap tu memang polisi insurance dorang...malas aku nak bertekak dengan &^%$ ni so aku panjangkan kes ni ke Bank Negara dengan membuat aduan!.
Muga-muga pihak Bank Negara akan membuka mata agar tiada lagi orang yang teraniaya dengan pihak insurance seperti ni. Alhamdulillah..pihak Bank Negara dah pun membalas email aku dan akan membuat siasatan berkenaan kes ini.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com