Wednesday, April 1, 2015

MIMPI YANG MENGGANGGU EMOSI

Mimpi tu mainan tidur kata orang tua-tua..tapi bagi aku ada juga petunjuk dalam setiap mimpi kita samada sesuatu yang buruk atau baik akan berlaku. Korang aku tak tau tapi aku..itu memang benar akan terjadi..
 
Tu yang mengganggu emosi aku pagi ni..bila memikirkan alamat dari mimpi aku subuh tadi...Mimpi menemui hubby aku di sebuah rumah yang berlainan sedang tidur dan di sisinya ada anak kecil dan seorang pompuan!!. Dalam mimpi tu, hubby aku mengaku yang dia telah pun berkahwin dengan pompuan tu...Perasaan aku time tu bercampur baur..sedih yang teramat sangat...marah tahap gaban sampai terniat nak membunuh pun ada..(Ganas tak akak?).
 
Terkedu bila terbangun dari tidur yang melenakan...aku pandang wajah hubby..perasaan sedih aku menjadi-jadi. Bagaimana aku nak berhadapan dengan semua ini jika mimpi sedemikian merupakan reality?. Huh! tak dapat aku nak bayangkan yang aku kena berkongsi kasih sayang dengan pompuan lain. Barang pun aku susah nak share..nikan lagi hubby..jawapannya Nehi inspector shabab!!
 
Bila aku dah memutuskan untuk mencintai seorang lelaki yang bergelar suami..maka dialah lelaki terakhir dalam hidup aku..Malah aku amat berharap agar cintahati aku ni juga tak beralih arah hanya kerana pujuk rayu murahan pompuan diluar sana.
 
Aku nak dia menjadi hamba Allah yang menunggu dan menemani aku di Jannah kelak...Insya Allah..
(Sedang beristighafar menenangkan jiwa raga)..
 
 

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com