Thursday, April 16, 2015

SORRY DRAIN...MAMA TAK SENGAJA...

Pagi Jumaat ni..aku pegi kerja dengan perasaan sebak, sedih dan kesal. Call dari hubby betul-betul buat aku terkejut. "Ani, u langgar Drain yek...pecah perut dia.". Seriously..masa masuk keta tadi, aku dah pastikan Drain tak keluar dari pagar mengejar aku macam biasa..Bila plak masanya dia duduk bawah tayar keta aku!
 
Drain ni aku jumpa kat Nilai 3 ari tu dalam longkang besar yang penuh dengan air kotor. Rasa kesian tu yang membuat aku merayu kat hubby supaya selamatkan dia. Aku bawak balik ke KL sebab tak mau dia jatuh atau kena langgar sebab mata dia tak nampak..(time ni mata dia penuh taik mata)
 
Aku panggil dia Drain sempena tempat aku jumpa dia..Memang dia ni manja sangat..Suka mengesel-gesel badan kat kaki kalau aku balik kerja...Berkejar-kejar dia mendapatkan aku sebaik saja aku sampai di pintu pagar.
 
Uwaaaa..walaupun tak sampai seminggu dia bersama kami tapi aku terkilan bila kejadian ni menimpa dia. she's only a kitten...aku tak penah rasa kehilangan dan sesedih ni bila kehilangan binatang peliharaan...Dan seingat aku..aku tak rasa yang aku melanggar sesuatu sewaktu aku mula bergerak tadi...
 
Dalam hati, terfikir jugak..aku ke yang melanggar dia atau jiran sebelah sebab time tu dia belum keluar lagi...Drain..kalau betul mama yang langgar Drain...mama minta maaf sangat..Mama tak sengaja....

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com