Orang cuti sekolah..kita pun terjebak gak...tapi orang lain plan sebelum cuti ..ni main terjah cam abang rambut ketak kat melodi TV3 tu. Semua persiapan dan persediaan last minute. Kami empat buah keluarga tapi 3 buah kenderaan jer..memang excited giler nak ke sana. Penah gak ke Pulau Pangkor ni bersama team CIMB dulu tapi dah lama sangat dah citer tu..
Cantik laut ni..tenang jer rasa (walaupun dah berlengas time ni)
Makanya bertolak ler kami sampai ke jeti Lumut. setelah parking kereta kat tempat berdekatan dengan jeti tu..mula ler membeli tiket. Harga untuk dewasa cuma RM10 dan kanak-kanak bawah 12 tahun cuma RM5 jer. Untuk pengetahuan uolls..harga tiket tu untuk perjalanan pegi dan balik yer. So..simpan ler tiket tu sebab uolls kena tunjukkan masa nak balik nanti.
Tiket ni ler yg uolls kena simpan untuk balik nanti
Ni sebahagian ahli rombongan Cik Kiah..sedang menunggu tiket
Punya ler ramai makhluk yang datang...berlengas peluh aku berdiri. terasa cam cerita Pak Mustar kat penambang plak..mana kan tak nyer..ada plak hamba Allah ni datang dari belakang terus meluru ke depan "tumpang lalu...anak saya kat depan yer..."Amboi sesedap rasa dia jer..."nenek aku kan depan pun, aku tak potong Q" Mesti tak penah sekolah ni!.
Macam aku kata..sebijik cam citer P.Ramlee..bila feri sampai jer..depa dok bertolak-tolak tanpa fikir orang yang bawak anak kecik ni. Sampai ada satu insiden ni, kakak yang jaga pintu jeti tu marah bila ada sorang mamat yang tak reti bahasa ni merempuh masuk..alasan bodoh cam tadi gak ler. Hambik ko! kena sekolah terus dengan kakak tu!. Yang kelakar tu..boleh plak dia marah kakak tu siap bawak geng 306 dia! Geng samseng taik minyak! Malu argh..gaduh dengan orang perempuan...Nampak sangat korang tak der EGG gitew!. syabas buat akak tu sebab berani marah mamat sengal tu!
Dek kerana ramai orang , kami terpisah 2 kumpulan..akak dah di hadapan wokayyy. Mak brutal...tak kasik chance kat mamat bongoks tu nak potong Q. Mau jugak aku humban kat dalam laut kang! keh! keh!. Paling best tu, aku dapat naik bot yang agak besar dan ada pelantar bahagian atas yang boleh naik untuk melihat pemandangan laut...feeling2 naik titanic gitew dikk. Tapi idok ler nak jump pulok..
Baby feeling ala-ala filem Titanic gitew
Ni gambar feri dari Marina ..
Angin kuat time ni...atas feri nih..
Time ni lah dapat luangkan masa bersama
Next entry, aku citer plak tentang homestay yang kami tinggal yerk...
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com