Tuesday, June 16, 2015

TAK SABARNYA MENUNGGU BULAN RAMADHAN

Diam tak diam dah pun hampir nak sampai bulan Ramadhan ni...dek kerana kepenatan aku tertidur awal semalam. Tak berkesempatan mendengar pengumuman tentang puasa iaitu esok! Alhamdulillah..hari yang dinanti tiba...Kenapa aku suka nau puasa ni...bukan nak amik peluang untuk menguruskan badan sebab badan akak dah sedia cam biola yer adik2..Suker sebab tu lah bulan istimewa umat Islam merapatkan diri lagi dengan Allah yang terkadang kita alpa dek mengejar keduniaan...
 
Dalam nak posa ni aku gigih kumpulkan beberapa menu juadah berbuka (akak masak sendiri hokeyy..) untuk kami tiga beranak..Sempat la nak memasak memandangkan office hour aku sampai jam 4 petang jer..So dengan adanya menu ni..tak la aku buang masa termenung mikir apakah juadah yang nak dimasak betul tak kak Yong?.
 
 
Credit bagi mereka yang akan pinjam gambo ni yer...
 
Selebihnya masa tu boleh ler aku guna untuk mengecat rumah yang terbengkalai dek kerana salah pilih colour...Ni keja abang tau sebenarnya..huhu. Semangat nak menyudahkan kerana aku excited nak menyambut raya tahun ni. Sampai bila aku nak bersedih...yang pergi tetap dah pergi...aku kenalah teruskan hidup ni...
 
 
 
Aku tak boleh nak janjikan dapat bertarawih bersama-sama dengan hubby tahun ni tapi berjanji pada diri sendiri yang aku akan cuba untuk memenuhi tuntutan ini sebaiknya....
 
Marhabban Ya Ramadhan...
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com