Monday, June 15, 2015

SEMUANYA DALAM KENANGAN...

On the way nak balik ke KL, kami plan singgah ke Sri Iskandar untuk melihat rumah peninggalan arwah Abah. Sebelum tu nak jumpa rakan sepermainan aku ketika di kampong dulu...rindu sangat dengan dia ni..Bagi aku, biar dia tak kaya..tiada wang ringgit, tapi aku salute dengan sikapnya yang tetap mesra seperti dulu. Paling penting, dia tiada sikap gunting dalam lipatan yang Nampak baik depan mata tapi mencucuk dalam diam!
 
Kami singgah di Telok Bakong tempat rumah arwah Ayah Nyah...sebak sangat melihat kawasan rumah yang terbiar dengan semak samun...tanpa penghuni. Dulu, di sinilah kami adik beradik balik ke kampong bercuti raya...meriah dengan panjut dan bunga api. Riuh rendah bunyi suara sepupu main beramai-ramai depan rumah...semua tu tinggal kenangan paling indah dalam sejarah hidup aku.
 
Melihat tanah kami yang terletak di tengah-tengah antara rumah kakak dan abang Abah..menambah sayu hati aku...Sudahlah hak kami diambil kerana tiada bukti kukuh yang boleh diberi, hak kami di sini pun "dicukai" sikit sorang. Tu dah terang-terangan kerjanya...masih tak ngaku gak ker?.
 
 
Kita ni kalau nak menolong orang pun biarlah bersedekah atas harta sendiri..Jangan lah jadi macam Robin Hood yang merompak untuk menolong orang miskin..Salah tu yer kengkawan...Dalam Islam..tak de hadis atau surah dalam Al Quran pun mengatakan yang mengambil hak orang tu halal di sisi Islam..Aku yang naif ni pun tau hukum hakam tu dan rasanya orang tu lebih arif kot.
 
Di dunia ni, kita memang boleh menidakkan hak orang tapi ingatlah ya...di akhirat esok..segala-galanya akan terbukti...sebab janji Allah itu benar...
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com