Saturday, July 11, 2015

CAM NI KER CARA KO LAYAN CUSTOMER??

Semalam berbuka puasa somewhere kat Bandar Baru Selayang memandangkan penat memasang wallpaper yang tak habis-habis. Masa kami sampai tu dah dalam kol 7 lebih..Untuk air..aku order air mangga satu jug dan ais kosong satu jug.

Disebabkan lama sangat makanan tak sampai-sampai. Time tu dah berbuka, .aku suruh  Abang mintak ais kosong satu jug tu dulu. Taukeh kedai yg dok kat counter tu dengan muka masam boleh suruh si abang dok dulu..tunggu giliran katanya..Selepas lebih 15 minit, sekali lagi my brother in law bertanya kat pompuan waitress yg lalu kat meja kami (bukan dia tengah buat apa pon time tu) minta ais kosong je dulu. Ayat skema dia.."Tunggu giliran yer sebab dorang tengah bancuh air kat belakang!

Bancuh amende nyer pompuan?? Aku mintak ais kosong jew! Bukan kena taruk gula ke haper! Kesian la tengok anak sedara aku yang masih kecik ni berpuasa.Kalau makanan tu aku faham, kena tunggu giliran. Tak kan la ais kosong yg paling mudah tu pon nak tunggu giliran dan masa gak kot? Dari ko mundar mandir macam mem besor tu..boleh jer ko tolong amik ais kosong tu kan?? Sengal btul!

Sudahnya kami angkat punggung dan makan kedai lain. Duduk jer..mintak dia bagi ais kosong dulu.tak sampai 5 minit terus dapat!! Tengok dan bandingkan cara pengurusan kedai orang bongkak kat ."..junction" tadi dgn service kat restoren nI.

Sah-sah aku black list kedai ko forever..Kalau gini ler cara ko layan customer.alamatnya tak lama ko bertahan...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com