Kata orang cemburu tandanya sayang..tapi itu bagi orang yang mempunyai perasaan pada seorang yang lain tapi ada jugak cemburu tu tandanya hati tu dah kotor dan hitam..Yang ni plak bagi mereka yang tak suka melihat kejayaan orang lain..
Pagi tadi terdengar di radio kisah akibat cemburu buta yang membawa kepada pembunuhan seorang isteri. Motifnya akibat cemburu!. Tak salah kalau kita punya sifat cemburu pada pasangan yang kita sayangi tapi biarlah ianya berasas dan harus ada batasan. Bagi aku, tak kisah la kalau hubby aku berkawan dengan siapa aja termasuk perempuan tapi kalau dah melebihi ke fasa yang seterusnya tu memang la namanya menempah nahas jawabnya.
Aku pernah terbaca satu baris ayat dalam tulisan allahyarham Sudirman dulu...katanya
KALAU KITA SAYANGKAN SESEORANG...LEPASKAN IA..SEKIRANYA IA KEMBALI, IA ADALAH MILIK KITA TAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA...DIA BUKAN MILIK KITA SEJAK DARI MULA LAGI..Dalam bunyinya maksud kata-kata tu tapi ada kebenaran di sebalik ungkapan ayat tersebut.
Bagi aku, sesayang dan secinta mana pun anda pada pasangan masing-masing..tak perlu lah punya cemburu yang melulu kerana cemburu yang tidak berasas ni mungkin buat sidia rimas dan menjauhkan diri dari anda buat selamanya.
TAPI...cemburu perlu ada jugak untuk mengukuhkan ikatan kasihsayang antara pasangan. Gila tak cemburu kalau ko tau ada orang senang-senang nak "cuci kaki" masuk umah menggantikan tempat ko!. Kalau aku...memang sah-sah aku "cuci" muka dia
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com