Thursday, July 23, 2015

CRAZY POWER BETUL DIA NI...

Percaya tak kalau aku kata..manusia ni lebih patuh dengan undang-undang dunia dari undang-undang Tuhan..Bukan bermakna makasud aku tu yang undang-undang dunia ni tak perlu tapi berpada-padalah kan...Kalau setakat benda remeh temeh, jangan lah take it as a serious matter.
 
Nak jadikan citer, selalunya pass keja aku sangkut kat cermin dalam keta..Senanglah kan, kalau-kalau ada sport check. Bila dah cantik tergantung wajah ayu akak ni kat situ,, nan hado plak depa nak check. Hari ni plak..time masing-masing berduyun-duyun nak masuk perkarangan gate tu..si mamat ni plak menahan. Kelam kabut gak ler aku mencari...memanglah kan..dalam situasi cam tu pakal tak jumpalah jawabnya.
 
Dia boleh tanya aku..Awak letak kat mana?..Berkali-kali plak tu ajukan soalan yang sama kat aku. Lorr dia ni..kalau aku tau aku taruk kat mana..tak ler terkebik-kebik mencari! huh!. Sudahnya dia tulis nama aku (cam time sekolah dulu..pengawas tulis nama). Time aku nak drive..eik dia tahan keta aku lagi...(tulis no. plat kereta plak)..Cam aku ni penjenayah besar yang disyaki dan dikehendaki jer rupanya. Tulis plat nombor pun punya la lama mengalahkan nombor keta aku ni panjang bebenor.
 
Aku tau la dia menjalankan tugas...tapi nape aku jer ko tahan..yang lain lepas...tu yang aku hangin tu...Tak per..lain kali aku letak kat cermin keta tu cam road tax yer!. Hangin dengan abang pun ada ni...dia la punya keja mengalihkan pas keja aku ni.
 
Tak faham sungguh aku nape dia nak soal siasat aku sampai ambik nombor plat segala...Kereta aku tu kan ke ada pas masuk...Takkan la aku keja kedai mamak kot boleh dapat pas yang siap tulis nombor plat keta. Kot iyer pun nak straight..buat pada semua orang...janganlah pilih bulu.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com