Zaman sekarang tak macam zaman nenek moyang kita. Waktu tu, manusia cuma takut pada haiwan buas sahaja. Tapi sekarang, binatang buas dah dikurung di zoo sebaliknya kita lebih takutkan manusia yang jauh lebih buas dari haiwan itu sendiri
Sekurang-kurangnya binatang akan menyerang apabila rasa dirinya terancam tapi manusia buas ni akan mengancam orang yang tak menyerang.
Apa yang melalut bercerita tentang binatang buas plak ni? Tak...sekadar mengenangkan yang zaman sekarang ni dah tak aman macam zaman dulu-dulu. Zaman Opah aku dulu, dorang masak di dapur tapi pintu utama selamba jer terbuka. Cuba kalau sekarang buat camtu..mau licin bersih umah ko macam Hj. Bakhil bagi zakat!
Orang dulu tak yah pagar umah dorang pun tapi kita selarang ni, kalau boleh setinggi tembok Jerman tu nak buat. Bukan apa, zaman sekarang ni dah ramai sangat juara lompat pagar yang tak payah pakai galah nak mencuba bakat!
Paling best bila malam hari, boleh tidor dengan tingkap terbukak luas. Dapat ler rasa dingin angin malam.. Tapi cuba ko buat zaman ni!...Silap haribulan..ada yang tumpang sebantal...
Bilalah dapat merasa semua tu kembali yer...
Monday, February 17, 2014
Sunday, February 16, 2014
TAMAN IDAMANKU
Bila meneliti majalah tentang hiasan taman ni..punyalah teruja aku. Macam-macam gaya.. stail Bali ler..stail Desa la. Dalam banyak-banyak ni, aku paling suka stail ala Inggeris yang banyak bunga-bungaan dan hiasan sampingannya.
Bagi yang punya laman yang tak berapa luas cam umah aku ni..di syorkan lanskap yang cenggini pun dah cantik kan?. Ada rumah burung dan kalau nak tambah cantik , boleh letakkan replica itik (kesukaan akak ler tu...) di bawahnya. Dan untuk tambah cantik lagi, boleh dihiasi dengan kolam mini dan dikelilingi bunga-bungan Inggeris. Terasa damai jiwa apatah lagi waktu balik kerja penat-penat tu kan?
Segar bijik mata dengan bunga-bungaan segar ni..
Bagi yang punya laman yang tak berapa luas cam umah aku ni..di syorkan lanskap yang cenggini pun dah cantik kan?. Ada rumah burung dan kalau nak tambah cantik , boleh letakkan replica itik (kesukaan akak ler tu...) di bawahnya. Dan untuk tambah cantik lagi, boleh dihiasi dengan kolam mini dan dikelilingi bunga-bungan Inggeris. Terasa damai jiwa apatah lagi waktu balik kerja penat-penat tu kan?
Angan-angan aku bila dah extend rumah nanti, aku nak buat buaian kat atas berandah cam ni. Mesti seronok menghirup udara pagi dan duduk bersantai malam-malam sambil merenung bulan..(ceewah..cam orang bercinta plak)
Kalau sapa-sapa ada laman luas kat belakang umah, bolehlah tiru gaya camni...damai nyerrr...
Monday, February 10, 2014
APA ADA DALAM HANDBAG PEREMPUAN
Rahsia prempuan ada dalam handbag mereka...Setuju beb?. Apa ada dalam handbag orang perempuan?. Jawapanya dah tentu tak sama sebab lain orang lain lah citarasanya.
Setengah perempuan suka pakai tas tangan yang kecil sajer sebab cuma membawa barangan asas seperti purse, handphone dan kunci keta. Tapi kalau ko tengok beg tangan dia dah macam beg luggage tu...maknanya dia tu kembar Doraemon laa.

Antara barangan yang perempuan suka bawak dalam beg tangan depa :
Ni ler diantara isi perut beg tangan pompuan...(ada doraemon lagi tu...)
Bagi aku kemestian atau barang keperluan yang tak jadi tidak kena ada ialah handphone dan small book. Sebab aku ni suka menulis dan ada jer perkara yang tiba-tiba terlintas di fikiran aku yang aku kena buat time tu). Bagi mengelakkan lupa...nilah gunanya...
Satu jer yang aku prefer nak bawak tapi belum buat lagi ialah spray untuk tujuan keselamatan..Ialah lah..tak habih2 kes ragut yang melibatkan wanita ni kan. Peragut tu memang tak der te#@ sebab tu berani dengan prempuan jer. Jadi..untuk mengajar jantan tak ada kelakian ni...spray tu jer makannya. Bior buta bijik mata dia tu...
SALESMAN HAPER CAMNI...
Aku nak share ler dengan blogger kat luar sana pengalaman aku berdepan dengan mamat sorang ni sorang salesman syarikat penerbangan yang menawarkan pakej pelancongan.
Mulanya memang ler manis mulut bercakap tentang keistimewaan pakej syarikat dia tu walau pun mulutnya tak ler "berbau" manis (dah tau ko nak bertemu client tu, kumur ler dulu dengan Listerine). Memandangkan penerangan dia ni ala-ala blur sket, so aku cubalah bertanya apa yang aku kurang faham tentang pakej tersebut.
Eik..tinggi suara plak mamat ni! Boleh dia bahasakan aku bila dia kena explained lebih sket. Aku plak..bila dia kurang ajar camtu..memang ler ko cari nahas kan... Aku jawab balik, "sebab saya tak faham ler makanya saya bertanya...kalau dah tau, bertanya jugak..tu bodoh ler namanya". Terus aku blah dari situ . Elok-elok aku dah terfikir nak jadi member..terus tak hingin dek sikap mamat salesman sengal tu.
Ko faham ker keja-keja salesman tu. Kalau rasa-rasa tak nak bercakap banyak menerangkan itu dan ini, apa kata aku suggest ko keja jual kacang putih jer..Tak payah ler ko terangkan camner cara nak makan kacang tu..sebab semua orang tau kacang tu cuma kunyah ajer...
Belajar dengan kambing ni camner nak tersenyum dan ramah menjawab pertanyaan orang!

Aku syorkan ko baca buku ni
DAN....DAN
Sunday, February 9, 2014
INDAHNYA ZAMAN KECILKU...
Nostalgia lama...walaupun mungkin pada orang lain, benda-benda ni tak perlu diingat tapi bagi aku ianya satu kenangan indah yang buat aku rasa teringin nak melalui saat-saat tu semula.
Bagi korang yang biasa duduk kampong , mungkin pengalaman menggunakan dapur kayu tu adalah satu pengalaman biasa. Bagi aku..nama jer orang Perak tapi Perghah bab-bab menatang ni..Tapi setiap kali balik bercuti ke kampong, aku cukup suka ke dapur menolong emak. Bukan nolong masak tapi menolong menghidupkan api dapur kayu ni. Seronok rasanya tengok api menyala lepas ditiup. Tak tau nyer camner sengsara orang yang mengggunakannya setiap hari. Habis hitam serombong hidung!
Selalunya tepi dapur tu akan dibuat para tempat meletakkan pinggan mangkuk yang telah dibasuh. So airnya akan menitik ke tanah kerana lantainya dibuat jarang. Paling aku suka ada lantai jarang tempat membasuh pinggan mangkuk.
Dapur cam ni kira dah moden la zaman aku kecik dulu...Guna minyak tanah yang di isi kat balang kaca di tepi tu. Nostalgia masa kecik2 dulu bila kakak saudara aku membuat rempeyek. Tah macammana...api menyambar dapur tersebut. Bagi mengelakkan rumah dijilat api, dapur tersebut dihumbannya ke tanah..Rempeyek kemana...dapur ranap.
SENIWATI PUJAANKU
Semua orang ada pelakon pujaan memasing..Bukan pelakon sekarang maksud aku yer tapi pelakon lama yang masyur namanya. Kecantikan semulajadi yang dimilikinya dan bakat lakonannya membuat aku meminatinya sejak kecil lagi.
Penah tak dengan nama Latifah Omar?.Pelakon cerita Bawang Merah Bawang Putih tu..Lakonannya bersahaja malah kalau cerita sedih memang dia berjaya membawa watak dengan berkesan sekali.Aku suka tengok kecantikan asli yang dimiliki pelakon ni. Tahi lalat pemanis di bibirnya menjadi daya tarikan pelakon ini.

Bezanya dengan pelakon sekarang ni..lebih kepada rupa dan seksi semata-mata. Bila beraksi depan kamera...cam tiang telefon keras kejung...Bila dikritik tak pandai berlakon, melenting. Cuba lah belajar cara pelakon-pelakon dulu menghayati sesuatu watak tu. Nampak real dan tak macam baca buku bila melafazkan dialog.
Kecantikannya masih terserlah di usia tuanya
Pelakon seperti Latifah Omar ni adalah diantara peakon yang gigih dan komited dalam kerjayanya. Bukan sekadar menempel dan menjadi penyeri dalam industri lakonan. Dia di antara pelakon yang mempunyai bakat tersendiri yang dianugerahkan Tuhan untuk mewarnai dunia perfileman kita.
Harapnya akan ada pelapis bagi pelakon berbakat seperti ini di masa akan datang. Al-Fatihah untuk arwah Latifah Omar....
KENALI PASANGAN ANDA
Kata orang, kalau kita dah lama bersama dengan pasangan kita, kita akan tahu dan memahami perasaannya. Dengan kata lain, kita akan tau kesukaan dan kebenciannya. Betul ker?? Aku tak setuju 100% berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Bukan aku jer malah my BFF pun mengadu cam tu jugak. " Dah lebih 10 tahun kahwin dengan sipolan ni..aku masih tak faham perangai dia". Haah!!! maknanya bukan aku sorang jer lah yang face problem camni...Ingatkan aku jer yang tak faham dengan perangai hubby aku meskipun dah nak masuk 22 tahun usia perkhawinan kami.
Cam perempuan ni, biasanya suka exposed perasaan mereka. Apa yang mereka suka dan tidak. Jelas sangat! Tapi sang suami ni suka benar berahsia malah susah nak mempamerkan karektor mereka. Paling teruk tu, susah sangat nak ucap sayang pada isteri. Belum lagi bab2 jalan berpimpinan tangan dengan isteri..Mungkin sang suami ni rasa ego mereka jatuh kot kalau berbuat demikian. Sungguh tak faham aku..

Kemesraan tu bukan hanya terjalin waktu bercinta sajer...
Yang heran tu..masa bercinta dulu, boleh jer buat semua tu. Tapi bila dah halal...lain plak citernya kann...Aku rasa elok sebenarnya sang suami ni pegi balik kursus perkhawinan plus kursus kauseling belajar bagaimana nak mengharmoni dan mengekalkan hubungan cinta suami isteri ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)