Nak citer sket kat korang pengalaman aku semalam kat Tesco Damansara..Ini sebagai peringatan kepada korang yang kengkadang lalai atau memikirkan ianya perkara remeh dalam kehidupan seharian.
Lunch hour..aku and my office mate pegi ler merayau kat Tesco ni untuk mencari bahan untuk membuat biskut cream cheese. Bila dah siap membeli tu..on the way nak turun escalator, singgah sekejap kat kedai RM5. Kawan aku ni selamba dia jer tinggalkan troli di luar kedai tersebut.
Untuk pengetahuan korang, aku ni jenis yang berhati2 bab meninggalkan barang kat luar ni. So..aku tak berani nak tinggalkan gitu jer. Aku cuma melihat2 barang yang dijual di bahagian luar sahaja. Nak dijadikan cerita ..ada 2..3. orang perempuan India ni dok berlegar-legar kat luar kedai sambil memerhatikan barang dalam troli yang diletakkan di situ.
Matanya dari mula dok asyik melilau ke kiri kanan macam memerhatikan orang. Mungkin dia tak tahu yang troli tu aku punya...perlahan2 dia dating dan terus pegang troli tersebut. Aku dah cuak time tu.."apasal plak tambi ni selamba dia jer pegang troli aku?". Aku biarkan dulu...
Tapi bila tengok anak lelaki dia amik bungkusan makanan yang ada dalam tu, aku terus meluru ke troli tersebut. Bila dia ternampak aku datang jer..terus dia anak beranak blah dari situ.
So korang hati-hati jer. orang cam ni sentiasa berkeliaran kat supermarket dan menjadikan orang2 yang lalai ni sebagai mangsa.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com