Sunday, December 8, 2013

KHAS UNTUK KAUM WANITA SAHAJA

Pernah tak korang rasa apa itu sengugut? Weiii serius akak cakap ko..kalu yang betul-betul sakit tu sampai menonggeng-nonggeng atas katil. Meh aku teka...mesti ada blogger yang baca post ni tak reti apa tuh senggugut.



Senggugut ni dalam bahasa omputih nyer ialah period pain. Sakit bulanan orang pompuan ler...Memang kalau dah datang sakit ni...tak leh buat apa weh...Duduk salah, berdiri salah...pendekkata cam nak pengsan pun ada.

Masa zaman remaja aku dulu, memang boleh kata tiap bulan ler menanggung sakit ni. Sampai emak bimbang..katanya selalunya orang yang kerap sengugut ni susah dapat anak. Idok juga...aku ni nasib baik ler mengamalkan "Belanjawan ekonomi" rumahtangga...kalau tak mau susun paku dah anak2 cam keretapi. Hik! Hik!.

Selalunya apa yang aku buat ialah stand by tungku atau botol panas untuk tuam perut yang tengah memulas tu...Memang lega ko...Penah ler sampai mc atau pun ponteng sekolah gara-gara period pain ni. Apa tidaknya ..nak bangun pun tak boleh! Pernah gak sekali tu sampai terpaksa di bawa ke klinik disebabkan tungku pun tak jalan ..Sudahnya makan pain killer ler apa lagi...Lagipun sekarang ni banyak ubat di farmasi yang boleh meredakan sakit tersebut.


Mungkin kita kaum wanita terfikir naper ler tak macam kaum lelaki yang tak yah period-period ni kan? Tapi itulah kelebihan kaum wanita dan rahsia Allah yang cuma dia sahaja yang Maha Mengetahui kebaikkannya...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com