Sunday, December 8, 2013

YEAHHH DATING DENGAN HUBBY...

Hari ni dalam sejarah.. cam tajuk kat tv plak kan? Sebenarnya aku nak bagi tau ..hari ini dalam sejarah setelah 21 tahun kahwin...baru hari ni aku berpeluang pergi keja dengan hubby. Sebelum ni walaupun jalan kami sehala , tapi hubby aku tetap nak naik motor kesayangannya. Bila dipelawa naik keta sama2, alasannya dia selalu balik lambat dan tak mahu aku tunggu begitu lama...

Hari ni pun gara2 motor dia meragam hari Sabtu kelmarin. Kalau tak tu eksyen kemain dengan aku kannn...Orang lagikan kena service..nikan lagi motor yang jarang hantar ke workshop tu. Sekali dia semput, kan ke kena menapak ko!

Aku ni 2 x 5 gak dengan hubby aku. Paling malas nak hantar keta pegi service. Walhal tak ler jauh mana..kat selayang jer ..tapi bab nak menanti tu yang bercinta...Malas nak pegi balik, pegi balik so aku tunggu sampai dia siap...

Seingat aku, kali terakhir aku service masa meter dia tak sampai 90,000 km. Sekarang ni jer dah 100,000+++ wokeyyy. Harap2 keta aku tak balas dendam plak ler yer..

Happy hari ni sebab kali pertama gak balik dengan hubby. Sanggup tu lepak kedai kopi depan office dia menunggu pukul 6.30 baru balik.... Orang hari2 balik dengan hubby tak heran punnn...Dalam diam ni, tetiba aku perasan yang aku dan dia rupanya dah lama tak dating berdua...Mesti menyelit baby atau abang sekali di tengah-tengah.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com