Tuesday, July 8, 2014

MASAK LEMAK CILI API KETAM...

Hari ni akak nak masak sesuatu yang menjadi permintaan hubby. Masak lemak cili api ketam, ayam masak merah dan sambal tempoyak ulam timun. Simple jer..tapi berkali- kali dok tanya...larat ker?..boleh ker?

Allahhh...setakat nak masak cenggitu, apalah sangat kan. Buat masa sekarang..kaki ni dah beransur sembuh. Kalau dulu terpaksa bergantung pakai tongkat..sekarang aku belajar bertatih perlahan. Memang terasa gak kenkadang sakit berdenyut tapi aku gagahkan gak. Sampai bila aku nak bertongkat manjang..

10hb ni, appointment aku dengan pakat orthopaedic. Tak sabar nak tunggu doktor tu cakap kaki aku ok dan tak der masalah...Selagi tak dengar keputusan dari doktor, selagi tu lah aku tak berani nak pijak kakiku ni ke lantai. Sakit masa jatuh tu buat aku fobia sangat.

Ni tengah menanti waktu berbuka..update jap blog aku ..Selamat berbuka to all muslim's blogger...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com