Tuesday, July 22, 2014

MEH KE AR RAWSHA PULOK!

Rezeki mencurah-curah sepanjang bulan posa ni. Kali ni akak dapat sponsor dari adik sendiri untuk berbuka posa di Ar Rawsha yang terletak berhampiran bulatan Kampung Pandan.




Tak susah pon nak mencari lokasi ni cuma tempat parking penuh ketika ni memandangkan ramai plak tetamu datang berbuka posa kat sini hari ni.

Kami sekeluarga seramai 21 orang menikmati hidangan ala carte yang terletak di tingkat 1. Punya ler ramai orang di tingkat bawah dan keadaannya pun lebih kurang sama jer dengan tingkat 1.




Lama dah tak berkumpul ramai-ramai cam ni...Dah berkeluarga ni memasing sibuk dengan aktiviti sendiri. Bila dah jumpa..hah ko..semua nak bercerita...pot pet...pot pet meriaholls!. Ni pon kurang satu korum lagi..yang kat penang tu...Kalau dia ada...lagi ler, tak der chance kitaorang nak mencelah! Hik hik!

Apa pon aku nak mengambil kesempatan ni nak mengucap terima kasih daun keladi buat adik aku yang belanja kami malam tu. Lepas dah nazar dia sempena dia naik pangkat...Alhamdulillah..sebagai kakak..aku tumpang gembira malah sentiasa mendoakan agar dia dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari orang2 yang ingin menjatuhkannya...


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com