Tuesday, July 1, 2014

PELIK NAU KER AKAK NI...

Semalam aku sekeluarga berbuka posa kat luar. Hubby aku tak sampai hati tengok aku dalam keadaan yg tak sempurna ni tonggang terbalik masak sorang diri di rumah. Sementara menunggu waktu berbuka tu, tak der ler keja yg aku buat melainkan search intenet, tengok tv...tv tengok aku....hehe  (tidor ler tu).

Nak mengemas tak berani  dah!. Kang terus untut kaki omak ni...Kengkadang tu aku naik rimas gak dengan kaki yang berbalut dan pergerakkan yang terbatas camni. Time nilah, aku benar2 menghargai anugerah yg Allah berikan pada aku. Susahnya ...bila salah satu kurniaan Allah ni di "tarik" seketika. Segala2nya mengharapkan bantuan dan ehsan orang.

Ni nak cerita al-kisah aku berbuka posa kat luar semalam. Turun jer dari kereta..mata orang dok menengok aku berjalan bertongkat menuju ke restoran. Setakat tengok tu tak ngape gak..ni dah mengalahkan retis neelofa akak ni...tumpang perasan jap hehe...Tak berkelip mata. Pelik nau ker tengok orang bertongkat?. Ker korang tak penah tengok gegirl cun melecun cam akak ni bertongkat??? Wakaka...

Kot iyer pun..jangan ler gitu.. concentrate jer kat juadah berbuka tu lagi baik kan. Akak ni bukan boleh ditenung camtu..mau tergolek lagi sebab segan diperhati camtu..Hilang skill catwalk akak tau....





No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com