Wednesday, July 2, 2014

PESTA IBADAH BUKAN PESTA JUADAH

Bila sebut pasal ibadat posa ni, mesti memasing dok fikir tentang juadah berbuka posa kan?. Masa aku kecik2 dulu, arwah Abah la orangnya yg paling ceria dalam menentukan juadah berbuka. Ko bayangkan kami bertujuh beradik...masing2 dengan selera memasing. Adik aku yg nombor 3 tu suka beli air macam2..Alih2 time berbuka..satu bungkus jer dia minum..Hish! Membazir betul!.

Time nak berbuka plak tu, mak masak  punya ler banyak lauk pauk. Dah tak tau mana nak capai dulu. Niat mak tu memang ler baik..nak memenuhi selera anak2 tapi dah cam buffet jadi nyer. Sudahnya makanan tu dijamah sket jer..yang lain berdebup dalam tong sampah.

So..bila aku dah bekeluarga..aku terapkan nilai2 jimat cermat dan tak lagi membazir macam yang mak penah buat dulu. Masak tetap masak..cuma aku pastikan ada ikan, sayur dan satu lagi juadah sampingan dan tak lupa sambal belacan...Aku cuba elakkan membeli juadah berbuka di luar sebab nak suami dan anak2 makan hasil air tangan aku sendiri.

Moral of the story..jangan membazir dan mengikut nafsu di bulan puasa ni. Di bulan posa ni, kita dituntut untuk bersederhana dan memperbanyakkan ibadah.So ingat..Ramadhan ni bukan pesta juadah tapi merupakan pesta ibadat.Selamat berbuka Puasa semua!!

#Teringat cendol yg disediakan arwah abah dalam besen ayan..tetap sedap kerana abah menzahirkan kasih sayangnya di situ...(tengah nangis nih huhu...)

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com