Saturday, February 22, 2014

HARAP GAYA JER LEBIH...

Dulu aku dapat jiran yang langgar keta aku. Jiran tu dak blah..orang lain plak masuk. I thought this one mesti okay kot..tengok gaya pompuan dia cam model (model geisha jepun) you!. Bedak dia jer sekapuk tebalnya. lantak lah kan..bukan duit aku pon..

 
Ni 1st time dia parking cam harem kat depan pagar aku (Aku sabar tapi tegur dia naper parking cenggitu...muka dia time tu cam blur jer...
 
Tapi pompuan ni cam tak der akal..car porch dia kosong tapi parking keta dia kat depan umah aku. Parking jer tak per lagi dek nonnn..ni siap blok pagar umah aku plak. Hangin tak kalu ko nak kuar urgent plak masa tu, tetiba ada keta menyenget plak parking (cam haremmm) depan umah ko.

Aku sound kat orang dalam umah tu yang aku nak kuar..Dah ler menunggu dia keluar lambat...boleh plak jalan chatwalk menuju keta dia.Tak per lagi..wak sabarrrr...Yang nak membuak darah aku tu..sket pun tak minta maaf sebaliknya dia duduk mengeram dalam kereta tu dekat 10 minit gak ler..

Aku dah tak leh maintain  cute dah..ko tau aku hon dia sekali (mungkin tak perasan kot aku nak kuar walaupun signal reverse aku dah berbunyi. Memang sah bodoh dia ni! Before dia berambus dari situ, dia hon aku!. Marah ler kottt. Ada aku kisah ker makcik!.

 
Tak serik kena sound...dia parking lagi!

 Ni Sabtu lepas..bila ditegur, dia jawab dengan bangangnya berkata " Saya parking tepi jalan..bkn tengah jalan..ada masalah ker??. Memang bangang tahap gaban minah ni..ko block pagar aku dan menyusahkan aku nak keluar tulah masalahnya!
                                        
Tak tau lah dia ni saja nak sakitkan hati aku ke atau memang jenis senteng otaknya. Petang..masa aku tengah lepak tengok tv..dia datang lagi dah block pagar rumah  aku macam tadi gak...Macam ler kawasan perumahan ni dah tak der tempat parking..

Memang nak kena ajar pompuan bodoh ni..!

Tuesday, February 18, 2014

PERCERAIAN ...ADAKAH ITU SOLUSI TERBAIK?

Perceraian adalah satu perkataan yang amat menakutkan bagi sebuah pasangan. Namun bukan semua perceraian itu menyakitkan terutama bagi pihak yang tidak nampak ada jalan keluar dalam masalah mereka. Bagi mereka, perceraian adalah jalan keluar kepada permasalahan ini.

Mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah rumahtangga yang bergolak tapi bagaimana tanggapan anak-anak terhadap perceraian ini. Adakah ianya akan memberi kesan  dari segi psikologi dan juga tumbesaran anak-anak ini.

Elakkan daripada bertengkar di hadapan anak-anak

Masalah lebih rumit jika berlaku perebutan dalam hak penjagaan anak-anak. Masing-masing menegakkan hak mereka sebagai orang yang lebih berhak dalam soal penjagaan. Secara pandangan kasar, mungkin kita merasakan yang wanita sepatutnya lebih berhak diberikan hak tersebut tetapi ianya bergantung kepada situasi kewangan, cara hidup wanita tersebut juga

Tentunya kita inginkan yang terbaik buat anak-anak. Jadi dalam soal hak penjagaan ini, rasanya adalah lebih baik diberikan hak tersebut kepada anak-anak untuk memilih.

Tiada guna kita melepaskan rasa amarah dan dendam melalui anak-anak sebagai tanda protes kerana ianya tidak menjejaskan bekas pasangan kita sebaliknya anak-anak akan menjadi mangsa.

Dalam agama Islam, perceraian adalah sesuatu yang dibenarkan  tapi ianya amat dibenci Allah.

Monday, February 17, 2014

BAGAIMANA HARUS AKU MELUPAKAN..

Bagaimana harus aku melupakan :

Insan yang membawa  aku lahir ke dunia ini...

Insan yang zahirnya tegas namun penyayang malah sanggup berkorban nyawa demi orang yang disayanginya..
 

Insan yang mengerah segala kudratnya untuk membesarkan aku meskipun terpaksa melalui segala kepayahan...

Insan yang banyak mengajar aku erti kehidupan...mengajar aku erti kasihsayang dan juga kejujuran...

Insan yang sentiasa menguntum senyum di bibirnya meskipun aku tahu, dia menahan segala kesakitan seorang diri...

Insan yang tak pernah meluahkan kata-kata sayang secara berhadapan namun jauh di sudut hatinya akan memberi hatta nyawanya sebagai ganti...

Insan yang ku anggap umpama malaikat yang sentiasa suci....yang telah meninggalkan aku. Pergi tak kan kembali. Semakin aku cuba melupakan kesedihan atas kehilangannya ...semakin jelas ingatan aku padanya...Senyumnya, gurauannya...semua itu membuat aku semakin dibebani rasa rindu yang amat dalam....


Abah,

Jangan pernah ingat bahawa perpisahan ini akan membuat kami lupa dan jauh padamu. Akan aku tunggu detik dan saat itu di mana Abah berdiri menanti aku di sana dengan senyuman yang selama ini aku rindukan...

ZAMAN DAH BERUBAH

Zaman sekarang tak macam zaman nenek moyang kita. Waktu tu, manusia cuma takut pada haiwan buas sahaja. Tapi sekarang, binatang buas dah dikurung di zoo sebaliknya kita lebih takutkan manusia yang jauh lebih buas dari haiwan itu sendiri

Sekurang-kurangnya binatang akan menyerang apabila rasa dirinya terancam tapi manusia buas ni akan mengancam orang yang tak menyerang.

Apa yang melalut bercerita tentang binatang buas plak ni? Tak...sekadar mengenangkan yang zaman sekarang ni dah tak aman macam zaman dulu-dulu. Zaman Opah aku dulu, dorang masak di dapur tapi pintu utama selamba jer terbuka. Cuba kalau sekarang buat camtu..mau licin bersih umah ko macam Hj. Bakhil bagi zakat!

Orang dulu tak yah pagar umah dorang pun tapi kita selarang ni, kalau boleh setinggi tembok Jerman tu nak buat. Bukan apa, zaman sekarang ni dah ramai sangat juara lompat pagar yang tak payah pakai galah nak mencuba bakat!

Paling best bila malam hari, boleh tidor dengan tingkap terbukak luas. Dapat ler rasa dingin angin malam.. Tapi cuba ko buat zaman ni!...Silap haribulan..ada yang tumpang sebantal...

Bilalah dapat merasa semua tu kembali yer...

Sunday, February 16, 2014

TAMAN IDAMANKU

Bila meneliti majalah tentang hiasan taman ni..punyalah teruja aku. Macam-macam gaya.. stail Bali ler..stail Desa la. Dalam banyak-banyak ni, aku paling suka stail ala Inggeris yang banyak bunga-bungaan dan hiasan sampingannya.

Segar bijik mata dengan bunga-bungaan segar ni..
 

Bagi yang punya laman yang tak berapa luas cam umah aku ni..di syorkan lanskap yang cenggini pun dah cantik kan?. Ada rumah burung  dan kalau nak tambah cantik , boleh letakkan replica itik (kesukaan akak ler tu...) di bawahnya. Dan untuk tambah cantik lagi, boleh dihiasi dengan kolam mini dan dikelilingi bunga-bungan Inggeris. Terasa damai jiwa apatah lagi waktu balik kerja penat-penat tu kan?

 
Angan-angan aku bila dah extend rumah nanti, aku nak buat buaian kat atas berandah cam ni. Mesti seronok menghirup udara pagi dan duduk bersantai malam-malam sambil merenung bulan..(ceewah..cam orang bercinta plak)
 
Kalau sapa-sapa ada laman luas kat belakang umah, bolehlah tiru gaya camni...damai nyerrr...
 


 

Monday, February 10, 2014

APA ADA DALAM HANDBAG PEREMPUAN

Rahsia prempuan ada dalam handbag mereka...Setuju beb?. Apa ada dalam handbag orang perempuan?. Jawapanya dah tentu tak sama sebab lain orang lain lah citarasanya.

Setengah perempuan suka pakai tas tangan yang kecil sajer sebab cuma membawa barangan asas seperti purse, handphone dan kunci keta. Tapi kalau ko tengok beg tangan dia dah macam beg luggage tu...maknanya dia tu kembar Doraemon laa.




Antara barangan yang perempuan suka bawak dalam beg tangan depa :

Ni ler diantara isi perut beg tangan pompuan...(ada doraemon lagi tu...)
 
Bagi aku kemestian atau barang keperluan yang tak jadi tidak kena ada ialah handphone dan small book. Sebab aku ni suka menulis dan ada jer perkara yang tiba-tiba terlintas di fikiran aku yang aku kena buat time tu). Bagi mengelakkan lupa...nilah gunanya...
 
 
Satu jer yang aku prefer nak bawak tapi belum buat lagi ialah spray untuk tujuan keselamatan..Ialah lah..tak habih2 kes ragut yang melibatkan wanita ni kan. Peragut tu memang tak der te#@ sebab tu berani dengan prempuan jer. Jadi..untuk mengajar jantan tak ada kelakian ni...spray tu jer makannya. Bior buta bijik mata dia tu... 

SALESMAN HAPER CAMNI...

Aku nak share ler dengan blogger kat luar sana pengalaman aku berdepan dengan mamat sorang ni sorang salesman syarikat penerbangan yang menawarkan pakej pelancongan.

Mulanya memang ler manis mulut bercakap tentang keistimewaan pakej syarikat dia tu walau pun mulutnya tak ler "berbau" manis (dah tau ko nak bertemu client tu, kumur ler dulu dengan Listerine). Memandangkan penerangan dia ni ala-ala blur sket, so aku cubalah bertanya apa yang aku kurang faham tentang pakej tersebut.

Eik..tinggi suara plak mamat ni! Boleh dia bahasakan aku bila dia kena explained lebih sket. Aku plak..bila dia kurang ajar camtu..memang ler ko cari nahas kan... Aku jawab balik, "sebab saya tak faham ler makanya saya bertanya...kalau dah tau, bertanya jugak..tu bodoh ler namanya". Terus aku blah dari situ . Elok-elok aku dah terfikir nak jadi member..terus tak hingin dek sikap mamat salesman sengal tu.

Ko faham ker keja-keja salesman tu. Kalau rasa-rasa tak nak bercakap banyak menerangkan itu dan ini, apa kata aku suggest ko keja jual kacang putih jer..Tak payah ler ko terangkan camner cara nak makan kacang tu..sebab semua orang tau kacang tu cuma kunyah ajer...


Aku syorkan ko baca buku ni
 
DAN....DAN
 
 
 
Belajar dengan kambing ni camner nak tersenyum dan ramah menjawab pertanyaan orang!