Wednesday, August 24, 2011
DOA DARI INSAN TERANIAYA
Raya makin nak dekat...tapi kerja di pejabat makin banyak..Ikutkan memang ler tak kan habih tapi sekurang2nya tak de ler something urgent nak kena buat. Kalau boleh , raya ni aku nak release tension..tak mau beraya dengan memikirkan kerja2 yang bertimbun kat ofis tu.
Seronoknya tengok kengkawan aku..masing2 plan nak balik beraya di kampung. Aku? memang ler aku ada kampung malah rindu pada kampung halaman yang dah lama aku tinggalkan. Teringat nostalgia ketika zaman kanak2 bermain bunga api dan mercun. Paling seronok time pagi raya, berbaris nak mintak duit raya kat cousin yang paling tua..(Dia dah kerja time tu).
Tapi semuanya tu tinggal kenangan..Aku tak rasa ghairah nak pulang beraya mengadap saudara mara yang tergamak menganiaya ayahku yang selama ini baik dengan mereka. Abah yang mereka kenal amat penyayang kepada anak2 saudaranya. Bagi Abah, mereka dianggap seperti anak sendiri. Tapi, tidak bagi sepupu2ku...depan bukan main baik melayan Abah (Iyer lah kan...sebab Abah tu pemurah dengan wang ringgit ..paling tidak RM50 untuk anak dia dah tentu masyuk) tapi bila Abah tiada...mereka cuba membolot harta peninggalan dengan menafikan hak Abah.
Selama mana korang boleh hidup dengan harta yang korang perolehi secara haram tu!. Mungkin korang bangga...korang ada "cable" yg boleh melaksanakan kerja terkutuk korang tu tapi INGAT! kami anak Abah tak sesekali menghalalkan walau sesuap hasil yang korang dapat atas tanah Abah tu!. Berkat bulan Ramadhan ni..aku sumpah takkan selamat hidup korang.. Lebih baNyak hasil yang korang makan...lebih papa ler hidup korang tu...Aku doakan juga..muga Allah timpakan musibah sebagai pengajaran atas diri korang yang tak tahu membezakan hak orang dengan hak sendiri!AMIN...
Ingat! Doa orang yang teraniaya tu makbul...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com