Sunday, August 7, 2011

TAKDIR PENENTU SEGALANYA


Dah jadi lumrah alam kan..ari ni kita tengok pasangan ni bagai merpati sejoli..kesana sini berdua tapi esok ..kesaorangan dan lusa pulak dah berpasangan dengan orang baru..

Semudah itu kah hati seorang manusia ni cepat benar berubah? Lupa dengan ikrar dan janji setia yang dilafazkan.. Mana perginya perasaan yang dikatakan lahir dari hati nurani yang suci murni tu?. Semuanya hilang bagai angin lalu...



(Sebagai hiasan jer...)

Cinta kemudiannya beralih arah..Begitu mudah melupakan kenangan terindah sebelumnya lalu cinta beralih arah...Terdetik juga di hati, mampukah kenangan silam sebelumnya hilang begitu saja?. Mampukah kita membohongi hati dan perasaan bahawa kenangan dan cinta pertama itu paling sukar untuk dilupakan..



Takdir Tuhan menentukan segalanya...cinta yang dibina untuk sekian kalinya juga berakhir tidak kesampaian..Tertanya juga kita ...di mana silapnya?. Itu lah yang dikata bukan jodoh yang ditetapkan untuk kita. Biar berusaha sedaya mungkin namun takdir penentu segalanya.

Biar beribu cinta yang dicari, namun sekiranya takdir menentukan sesuatu untuk kita..pasrahlah dan terimalah ia dengan seadanya..

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com