Hari ni genap 4 bulan arwah abah pergi mengadap ilahi. Rasa macam baru semalam ditinggalkan kami 7 beradik..Korang agak camner perasaan aku time nie...Bercampur baur sampai kengkadang aku pun tak faham dengan mood aku sendiri.
Sabtu lepas , sewaktu berbuka di rumah iparku, adikku menegur sikapku yang sering menangis sewaktu menziarahi pusara Abah..Relakanlah Abah tu pergi...bila kita menangis tu cam kita tak redha dia pergi dan dia pun tak tenang..
Betul..aku akui semua tu tapi aku tak dapat menahan semua tu ditambah kerinduan aku pada Abah. Terasa seperti ada terkilan dihati kerana tak berjaya lagi menyempurnakan hajat beliau yang terakhir.. Maaf Abah...bukan aku tak redha Abah kembali kepada Penciptamu..memang Dia berhak keatas hambaNya. Cuma..aku terkilan banyak perkara yang tak dapat aku kongsi bersama Abah...
Raya tinggal 9 hari jer lagi...tapi bagi aku ianya menambah kesedihan aku. Tangan dan pipi yang biasanya dipagi raya kami cium...kini dah tiada lagi...Mee Hoon goreng yang biasa Abah hidangkan dipagi raya akan tinggal memori dalm diri kami..
Insya Allah Abah...aku akan cuba menahan airmata di pagi raya sewaktu menziarahi pusara Abah nanti..Tenanglah Abah...istirehatlah setelah Abah bertungkus luus membesarkan kami dengan kudratmu selama ini...Bunga2 yang mekar subur di pusara Abah lambang kasihsayang kami yang tiada penghujungnya...
Bersabarlah menempuh dugaan Hanie..percayalah tiap sesuatu yg berlaku ada hikmah di sebaliknya.
ReplyDelete