Apa perasaan korang kalau korang cuba menyelesaikan sesuatu permasalahan tu tapi ada insan lain yang cuba mengeruhkan keadaan malah menjadi duri dalam daging!
Dah tentulah ada sebab mengapa hamba Allah ni berbuat demikian. Samada untuk keuntungan dirinya sendiri atau atas dasar iri hati. Masalah tanah arwah abah hari tu, hampir menunjukkan jalan penyelesaian. Tapi seperti yang kujangkakan ada suara2 sumbang di belakang tabir yang tak senang dengan keputusan kakak saudaraku menyerahkan tanah tersebut kembali kepada kami.
Aku benar2 tak faham dengan sikap mereka. Kedatangan kami ke kampung bertujuan untuk menyelesaikan kemelut bagi kedua2 pihak samada pihak arwah pakcik mahupun arwah Abah. Mereka pun tahu malah sedia maklum yang arwah abah sepanjang hayatnya adalah seorang yang lurus dan tak pernah menipu apalagi untuk merebut tanah yang sekangkang kera tu. Cuma arwah abah terkilan dengn sikap abangnya sendiri yang sanggup menganiaya dia.
Memang abah banyak tanah di kampung.. tapi adakah kerana itu abah perlu memberikan secara percuma kepada anak2 saudaranya yang susah sedangkan abah sendiri mengikat perut untuk mengumpul harta untuk anak2nya. Bebeza dengan sikap pakcikku...kebanyakan tanah pusaka yang dimilikinya dijual atas sebab tertentu. Rasanya tak perlu kuceritakan di sini kerana pakcikku pun dah tiada...anak2nya lebih mengetahui sikap ayah mereka sendiri.
Walaupun aku ni bukanlah seorang yang arif tentang ugama tapi kami adik beradik di ajar tentang dosa dan pahala...antara halal dan haram. Mana mungkin kami sanggup menipu dan mengambil barang yang bukan hak kami.
Buat insan2 duri dalam daging yang cuba mengagalkan rancangan baik kami ni. satu jer aku nak pesan...sempena bulan mulia ni..rajin2 ler bukan kitab Al-Quran tu...cari tentang hadis yang mengatakan tentang perbuatan haram memakan harta anak yatim...Kalau korang rasa, korang di pihak yang betul, teruskan lah tapi ingat! harta pusaka dan hak orang ...jangan dibuat main2! Kelak makan diri sendiri!
“Sesunggungnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zhalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).” (An-Nisaa’:10)
Teruskankan niat sapa2 yang bersubahat tu ...menganiaya arwah abah sepertimana arwah ayah korang lakukan! Kemana tumpahnya kuah kalu tak ke nasi kan????
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com