Tuesday, August 2, 2011

IMPIANKU SUATU HARI NANTI - ISTANA HINGGAP



Kalau orang impikan rumah batu banglo yang tersergam..aku ada impian sendiri iaitu membina rumah papan seperti gambar di atas. Rumah melayu yang bercirikan melayu klasik tradisional gitu...

Tau naper aku suka umah camni? Aku nak mengimbau zaman kanak2 aku dulu.Rumah camnilah yang Abah bina untuk tempat berteduh kami sewaktu di kampung dulu.Rumah yang dibina atas daya dan keringat Abah sendiri dan dengan bantuan seorang hamba Allah yang tak kan kulupa budi dan jasanya pada kami sekeluarga.

Rumah impian aku ni bukan ler tempat duduk tetap tapi sebagai "istana hinggap" jer. Bila2 dah boring dok rumah batu tu, boleh ler kami bercuti kat umah ni plak. Rasa dingin dan nyaman berlantaikan kayu dengan suasana ala desa tu membuat aku rasa tenang dan damai jer.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com