Bila baca buku motivasi tentang kecemerlangan dan tips untuk jadi orang yang cemerlang..terpanggil aku untuk menulis di sini. Aku terbaca ler kata2 dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ni yang berbunyi:
Renungan: Tak ramai org yg ceria dan bersemangat setiap hari. Utk sentiasa ceria: Bangun pagi awal di waktu yg konsisten, senyum, angkat tgn n baca: Doa bangun tidur, Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Ayat Qursi, Ayat 1000 Dinar, dan sebut: Ya Allah jadikan hari ini lebih baik drp semlm n jadikan aku ceria, sihat n bersemangat utk bekerja/belajar, jika aku mati hari ini, matikan aku dlm husnul khatimah. Insya Allah ceria n cemerlang.
Ramai di kalangan kita asal pagi jer merungut untuk pergi ke tempat kerja...walhal itulah sumber rezeki kita..Merungut tu dah bererti rasa tak ikhlas untuk berbuat sesuatu wujud dalam hati kita. Bila dah tak ikhlas..mana datangnya semangat untuk bekerja ..apalagi nak melakukan tugas dengan sempurna.
Berdoa supaya hari2 mendatang lebih baik dari semalam. Itu satu2 yang paling aku suka sebab kita ni hanya berusaha...selebihnya kita meminta padaNya kerana Dia yang berhak memberi bukan dengan cara "kipas lipas" orang atasan atau memberi rasuah atau sebagainya. Insya Allah rezeki yang diterima tu lebih berkat lagi...Sematkan di hati kita dengan sifat positif agar tiada prasangka atau sifat2 buruk yang boleh menjejaskan fikiran.
Semua orang....jika diberi pilihan ingin mati dalam iman yang teguh..Justeru itu, haruslah kita jaga keperibadian dan tingkahlaku agar kita tergolong dalam insan2 terpilih disisiNya kelak....
Pesanan yang sempat aku copy dari kata2 Dato'
Jgn bazir hati dgn tak memaafkan, bazir qudrat dgn tak ziarah, bazir lidah dgn tak zikir, bazir mata dgn tidur, bazir jiwa dgn tak raikan tetamu dgn ikhlas, bazir masa dgn tonton TV, bazir rezki dgn tak sedekah dan bazir diri dgn tak taat perintah Allah.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com