Dah tertulis segala yang berlaku semuanya kehendak Allah..Untuk sekian kalinya, emak sakit lagi...bermula dengan demam yang tak kebah2..akhirnya semalam adik telefon...mak jatuh kat bilik air...
Rupanya emak kekurangan oksigen..masa doktor check tu cuma 40 jer. Ikutkan dia memang berkeras tak mau ke hospital tapi akhirnya nak tak nak emak terpaksa juga dimasukkan ke wad dek kerana keadaannya yang dah separuh sedar.
Maka.. bertanggak ler aku dari pukul 11 pagi sampai ke malam menguruskan emak yang tak boleh dibiarkan sendiri. Sewaktu tidur pun emak meracau2 memanggil kami adik beradik...entah apa yang difikirkan..aku pun tak pasti...Nasib baik adik aku sanggup amik turn jaga mak malam tu.
Cuma aku pasrah dan bermohon padaNya...jika pun ditakdirkan emak akan mengikut arwah Abah..janganlah buat masa dan tika ini..Aku belum kuat untuk menerima semua ini...kehilangan Abah saja dah membuat aku seakan hilang arah. Jika ini ujian yang Engkau berikan... kuatkanlah semangat aku.
p/s : Sedih bila mendengar emak meracau memanggil nama Abah...
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com