Sunday, May 6, 2012

TAK PUAS HATI TAU...

Hari Jumaat lepas ..turn aku bermalam di spital menjaga emak di wad. Korang tau tak...emak dikatakan kurang air dalam badan so..apalagi berliter2 ler air nurse tu masukkan dalam badan dia melalui drip tu. Pantang habih jer isi..pantang isi jer habih.Aiks ! cam penah dengar nih!

Tup2 bila x-ray, doktor kesan paru2 mak kembang plak sebab dalam badan terlalu banyak air..Pulak dah! Aku mula nak hangin dgn dorang ni. Tak check ke dulu berapa liter yang emak perlukan. Main isi jerr?? No wonder ler mak kata dia susah nak bernafas walaupun masih dibekalkan oksigen 24 hours.

Bukannya lami guna doktor biasa tapi doktor pakar. Aku heran camner benda2 camni pun boleh cuai? Ni melibatkan nyawa orang kan?. Mulalah aku terfikir ubat apa yang dorang bagi kat arwah Abah dulu sampai tetiba dia sesak nafas walhal dah okay dan dah sihat masa tu.

Cam tu gak dengan diabetes emak...Mula2 dorang detect..12. memang tinggi. So..emak disuntik dengan insulin..kejap2 cucuk..tak cukup kat tangan ..kat perot plak..Tup2 tahap gula dalam darah emak turun sampai 4.5! Biar betul dorang ni...Emak aku tu bukan bahan ekperimen korang tau...So tolong lah buat keja tu jangan sambil lewa...becoz we pay for the service.

p/s : Simpati dengan emak yang merayu supaya tidak dicucuk lagi...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com