Tanggang ni dari kecik sampai ler dah berlaki..perangainya tak berubah. Otak dia asyik negatif thinking dan paling teruk tu menghambakan emal sendiri. Berikut rutin harian yang mak si tanggang kena buat untuk dia.
PAGI.
1. Sapu sampah depan rumah si Tanggang ni. Masa sekolah dulu, cikgu dia ajar sapu sampah dalam umah jer peh tu tolak ke luar pintu.
2. Jemur kain baju Si Tanggang laki bini..Dah kering nanti angkat dan lipat sekali okay...
3. Bukak pintu pagar sebab Tanggang ni nak gi kerja...jgn lupa tutup sekali .
PETANG.
1. Bukak pintu pagar siap2. Kalu tak nanti, Tanggang betina tu horn selagi tak bukak pagar. Jangan harap dia akan turun bukan sendiri..
2. Memasak untuk makan malam untuk Tanggang laki bini...Tanggang??? balik jer umah terus membuta dulu..kalu tak pun relax tengok tv.
MALAM
1. Dah siap masa, cam biasa Mak Tanggang akan tepon siTanggang untuk naik makan. Tanggang time tu tengah dok berjam2 dalam bilik air kat rumah bawah tu berlanggir..(Tak gak lawa...)
2. Habih makan jer Tanggang laki bini angkat punggung terus balik umah. Mak Tanggang ler yang tunggang langgang mengemas meja makan dan cuci pinggan dua mangkuk ayun ni tadi.
Tau tak apa balasan yang diterima atas pengorbanan yang mak tanggang dapat??
1. Bila terlantar sakit...batang hidung dia pun tak nampak...Untung ada anak2 lain yang mahu menjaganya. Kalau tak tertonggeng!!
2. Nak minta kunci umah untuk mengambil barang2 keperluan emak di hospital pun...usah kata nak hantar...nak suruh bukak pintu umah pun bagi alasan bangang.. "Kunci umah ketat, tak leh bukak". Yang herannya..bila orang lain bukak, boleh jer...Bukan kunci yang ketat tapi otak Tanggang ni yang terlebih ketat...
p/s : Nauzubillah...jauhkanlah sifat2 siTanggang ni pada diri anak2ku Ya Allah
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com