Saturday, May 12, 2012

SELAMAT HARI IBU...BUAT INSAN YG KUPANGGIL EMAK

Alhamdulillah emak beransur sembuh..tak de lagi nafas tersekat2. of coz aku di antara anak yagn gembira dengan perubahan emak ni sebab aku berjaya buktikan pada doktor tu yang tanggapan mereka salah. Malah.. aku boleh menjaga emak lebih baik daripada keadaan dia di hospital dulu.

Selera makan emak pun bertambah..Sedap jer tekak dia waktu menjamah apa sajer yang aku hidangkan. Malah yang  paling aku seronok bila mak nak ramadhan tahun ni disambut bersama2 aku anak beranak. Sekurang2nya aku dapat melihat dan menjaga emak dengan tangan dan kudrat aku sendiri.

Semalam..sempena hari ibu, aku bawah emak makan kat western food. Memang berselera dia makan dan nampak ceria wajah emak ..Terima kasih Ya Allah..kerana mengabulkan permintaan hambaMu ini.

InsyaAllah.. aku akan berusaha untuk membahagiakan dia dalam meniti usia tuanya. Aku memang tak mungkin mengembalikan zaman silam yang indah tapi aku berjanji akan membahagiakan masa depannya...

Selamat hari Ibu mak...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com