Korang hari Minggu mesti dok tak lekat kat umah kan? Tu ler aku dulu sebelum hubby aku sebuk dengan aktiviti projek rumah baru dia tu. Pendekata sapa yang nak datang umah aku..kena buat appointment dulu tau sebab nanti sakit tekak ko bagi salam..sebab tuan umah tak de!
Pagi2..orang breakfast dulu tapi aku buat kerja dulu...Perut aku ni kalu disumbat makanan pepagi sangat, alamat terkejut dia. Mesin baju dan sapu sampah dan lap apa yang patut...baru ler aku makan.
Sementara menunggu kain yang ligat berpusing dalam washing machine tu..aku ke dapur menyiapkan bahan untuk masakan hari ni. Sajer buat preparation awal sebab nak tengok Melodi dan Nona..rancangan favourite aku!. Hari ni aku masak kari daging dan terung goreng berlada... tu masakan kegemaran hubby dan anak2ku.
Dah siap masak dan sidai kain, apalagi....mula ler aktiviti melepak aku depan tv. Siap bawak pinggan nasi lagi depan tv ko...baru ler sedap makan. Tapi bila perut dah kenyang...tak semena2 terlena akan depan tv. Sedor2 jer dah nak hampir tamat rancangan Nona...
Plan dengan baby nak gi Guardian lepas ni. Biasa ler orang pompuan kan..banyak mende nak beli ni expecially contact lens solution akak.. Nak belajar2 jadi glam gitu..Hiks!
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com