Sunday, May 6, 2012

LELAKI TASTE AKAK DULU..

Petang2 tengah berehat menonton citer Bawang Merah Bawang Putih yang dah beratus kali ditayangkan tapi tak jemu menonton citernya. Teringat masa sekolah rendah dulu, dalam ramai2 pelakon citer ni..aku paling suka malah syok sendiri tengok pelakon kacak Mustaffa Maarof (Masa tu kacak bebenor di mata aku dia ni).

Berangan bila dah besar nanti aku nak cari boy friend sebijik cam dia ni..romantis dan senyum dia fullamak!! cayo teman beb.. Dalam citer Sri Mersing pun..aku dok asyik tengok muka dia jer walhal hero dia masa tu Nordin Ahmad. Alih2 bila dah meningkat remaja...taste aku lari jauh dari apa yang aku mahukan..

Sikap dan perlakuan lebih penting berbanding dengan rupa semata2. Iyer lah rupa jer kacak..tapi perangainya menyakitkan hati, apa kes !Lelaki idaman Malaya aku tu cuma biasa 2 jer tapi paling penting dia punya vision untuk masa depan dan menjaga aku dengan  sebaiknya...dan dialah hero Melayu aku forever....

Alhamdulillah...aku dah jumpa Mr. Right aku...Pada mereka di luar sana...jangan hanya bergantung hanya pada rupa tapi lihat juga pada budi pekerti nya juga...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com