Kadang aku benci dengan sikap aku sendiri...sikap mudah sensitif bak kata orang cengil...Tambah lagi di usia yang hampir meningkat ni, lagi ler kuat perasaan cengil aku ni.
2 bulan si abang bercuti..rasanya sekejap masa berlalu. Aku purposely ambik cuti untuk menolong dia mengemaskan barang-barangnya.
Time dia nak bertolak, dia cium tangan aku..aku ok lagi time tu..maintain kebal..tapi bila kereta dia mula bergerak, aku rasa seolah-olah dia membawa sesuatu dalam diri aku..Hati aku...
Mana mungkin seorang ibu tak sedih bila berpisah dengan anaknya..Hanya kerana memikirkan yang abang ke sana untuk menuntut ilmu..aku kuatkan hati yang rapuh ni untuk terus bertahan dan kuat.
Ya Allah..aku dengan rendah hati menyerahkan dia di bawah peliharaanMu. Engkau permudahkanlah setiap langkahnya, semuga dia sentiasa menjaga solatnya...
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com