Thursday, June 19, 2014

PROJEK CAT RUMAH

Dalam kesibukkan bekerja yang tak habis-habis ni, aku masih bersemangat untuk memberi "wajah baru" untuk rumahku sempena nak raya ni. Biasa ler kan...asal nak raya jer nak tukar baru. Tapi aku tak ler rope kome kat luar sana. Asal raya..carpet baru..sofa baru...


Tahun ini aku plan nak tukar cat baru bagi ruang tamu aku. Jemu gak kalau bertahun-tahun mengadap warna yang sama. Terasa hambar bila tengok cat putih dengan wallpaper yang tak ganti-ganti.


Warna Cat Dinding tangga krem

Dari dulu aku idamkan warna yang camni untuk ruang tamu aku..Nampak begitu mendamaikan dan cool jer colournya.

Kaler kat bawah ni, rasenya sesuai kalu letak di bahagian tangga dan di tambah dengan hiasan foto-foto sebagai hiasan.



Yang ni belum terfikir lagi nak cat kaler ni....terang giler!


Kalau Deco bersama eric tu lebih suka dengan hiasan lilin..aku plak suka dengan hiasan cermin. Cermin ni sebenarnya boleh menampakkan ruang tamu kita tampak besar dan lapang. Bukan semua tempat boleh letak cermin yer akak-akak...tengok jugak pada kesesuaiannya.

Apapun, kenalah discuss dengan cik abang dulu sebelum buat keputusan. Ikut aku..sekarang gak aku buat...semangat raya dah datang nih!


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com