Boring nya Sabtu aku ni!!!. Plan nak berjimba2 nak membuang duit kat shopping complex. Alih2 baby posa plak. Lately ni dia gigih mengganti posanya. Almaklum...ramadhan bakal menjelang.
Bercakap pasal ramadhan, seronok menyambut kedatangan bulan mulia ni..tinggal lagi bab tak seronoknya kena bangun lebih awal untuk memasak. Bab nak mengejutkan baby dan ayahnya satu hal yang cukup aku tak suka sekali. Punya ler payah!
Selalunya syarikat tempat akak bekerja ni akan membenarkan staffnya balik seawal pukul 4.30 petang. Alhamdulillah sempat ler balik kentang kentung kat dapur menyediakan juadah berbuka.
Aku prefer masak dari beli di bazar. Kebersihan terjamin dan yang penting makanan tu hasil airtangan yang lahir dari kasihsayang seorang ibu @ isteri.Tu ler perisa tambahannya yang kalah ajinomoto untu nenambah kelazatan masakan.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com