Tuesday, June 17, 2014

SPESIS BANGANG !

Tak tau nak mula dari mana tapi aku nak luahkan gak. Soalan cepumas untuk korang ..dalam banyak2 bodoh, bodoh apa yang paling sengal sekali?. Tak tau jawapannya...ngeh! ngeh! meh aku kasik jawapannya...BODOH SOMBONG!. Kalu nak aku kasik contoh pon boleh sebab spesis ni memang ada dekat2 aku ni...

Alkisah. ada ler sorang minah ni..memang tak pandai mana pon tapi suka sangat pandang rendah kat orang. Dia lah yang paling loaded...dia jer la yg boleh melancong luar negeri. Pendekata kalau korang bagi tau baru balik dari oversea, sumpah tonggang terbalik dia tak caye. Di mata dia cam ko ni bangsat sangat la gitu tak berduit.. Lantak ler duit tok ayah dia kan...

Tapi kesabaran aku out of control bila si minah bodoh ni claim kata figure yang aku tulis salah..Dia plak ada hati nak explained kat aku ni sepatutnya camni..camtu...Aku cool lagi tu...aku explain baik-baik .Dia kata tak yah ajar dia sebab dia penah buat benda ni. Aku explain kat dia plak guna bahasa pasar (Mungkin bahasa baku ko tak reti kan)..

Aku dapat rasa minah ni dah faham disebabkan dia dah malu alah dek kebodohan melampau dia yang cam "mencadbury buta" menyerang aku tu tetap nak aku buat cam stail yang dia nak. Kalau dah tajuk form tu dah terang2 tertulis kat situ..apa bangang nyer yang ko minta aku letak lagi note kat bawah tu. Kau nak aku plak nampak bodoh cam kau ker??

Yang aku heran tu ada gak makhluk Allah yang mengiakan ajer apa yang dia kata. Alasan tak nak makcik kepoh ni bising..Peduli haper aku..Setakat nak suruh aku jadi lembu cucuk hidung..tak yah ler employ aku sebagai akauntan. Dah pandai sangat ko tu...apa kata korang letak dia je ganti tempat aku. Setakat nak angkat telefon, bergayut cing! cong! cing! cong!...cleaner indon tu pon boleh ganti tempat ko..

Tu ler susahnya bila terpaksa berurusan dengan orang bodoh tapi berlagak pandai...Nasib baik aku boleh control lagi tangan aku ni dari sampai kat muka dia...Terima kasih Ya Allah..kerana memberi sekelumit sabar kepada aku tika itu...

1 comment:

  1. Terlampau banyak melantak "cadbury" tu yang bengap tu!

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com