Sunday, June 15, 2014

BAHANA EL-NINO

Semenjak dua menjak ni...tidur tak lena dibuatnya!Bukan diserang angau yer adik-adik tapi dek kerana bahana elnino yang melanda negara kita buat masa ni.

Bukan hanya malam tapi waktu pagi pon mandi tak terasa dah sejuknya air ni. Hendak plak masa solat Subuh...berpeluh2 akak...

"Ni baru bahang panas di dunia..kat akhirat tu lebih lagi"hubby aku beri kutbah tiap kali aku merungut panas bila nak tidur. Sudahnya pukul 1.00 pagi pun aku boleh bangun untuk ke bilik air untuk mandi. Nasib baik ler tak der bath-up dalam bilik air tu...Mahu jer aku takung dan tidur dalam tu sampai ke pagi.

Sudahnya aku berlenggeng jer...Kalau selalu pakai baju kelawar segala, kali ni aku pakai camisole dan berseluar pendek jer. Camni...ada brani? Apa nak risau yer dak? Hubby aku jer yang tengokkk...

Yang kelakarnya hubby aku kata,, musim elnino ni sama gak musim mengawan..Mana tak nyer..kalau dah sumer isteri pakai seksi cam ni..hubby mana yang boleh tahan maa...Hish! ke situ plak dia...kang angin elnino aku plak yang melanda...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com