Tak semua dalam dunia ni boleh kita share dan berkongsi citer dengan semua orang. Bukan saja dengan orang lain tapi dengan orang yang kita kenali dan berhubung rapat juga.
Let say..bila kita beroleh rezeki tak kiralah samada ianya bentuk apa..of coz kita nak share moment kita tu dengan orang lain. Niat di hati tu cuma nak berkongsi rasa kebahagiaan yang kita dapat tapi penerimaan orang lain bukan sama dengan apa yang kita rasa.
Setengah orang tumpang gembira malah bangga dengan pencapaian kita tapi kita lupa bila ada sesetengah pihak mengganggap ianya satu bentuk sifat menunjuk-nunjuk dari kita. Dengan kata lain, dia mengganggap bahawa anda berlagak dengan apa yang anda ada!
U olls..bukalah mindamu luas-luas dan terima semua ini dari sudut positif. Bila seseorang menceritakan kejayaan dan apa yang dimilikinya, anggaplah ianya satu motivasi kepada kita untuk berjaya seperti beliau suatu hari nanti. Mungkin bukan standing dengannya tapi hampir-hampir pun dah cukup membanggakan bukan?
Jangan jadi Melayu yang buta hati dan buta perut yang mahu orang lain mendengar tentang kejayaan dia tapi mahumalah gembira melihat kejatuhan orang lain. Jadilah Melayu yang bersatu agar bangsa kita akan turut standing dengan bangsa lain yang jauh lebih maju. Buangkan sifat PHD anda dari sekarang!
Bangga dengan kejayaan adikku yang satu ketika penah keciwa dengan kehidupannya..
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com