Wednesday, September 8, 2010

ABANG KETIKA KECIL..NAKAL!

Semalam waktu aku balik dari opis, surprise!! umah bersih, kemas dan teratur! Bak kata iklan ler "hingga menciutkan" hihi..Ni sumer kerja abang dan Baby yg buat...Kan bagus kalu ari2 cam ni..tak yah mama nak fikir cari bibik Indon...

Bila aku tengok keletah anak2, baru aku sedar..masa dah begitu pantas berlalu. Abang yg dulunya kecik, nakal dan sering buat aku berjaga malam (sebb asyik dok menangis cam Ahmad Albab) rupanya dah meningkat remaja.

Ni aku nak citer kenakalan Abang sewaktu keciknya.. Masa baru lahir sumer famili really excited nak tgk dia..Memamg masa dilahirkan, rupa abang cam anak Eskimo. dgn putih melepaknya..pipi dia merah cam pakai blusher..pendek kata emang comey sesangat!

Mungkin sebab dia ni kira cucu no. 2 dalam famili selepas cucu pertama yg dah berhijrah kat Perak masa tu...so manja sakan ler dia ni dgn famili aku. Ade jer yg nak mendukung dia. akibatnya aku ni yg sengsara seb dia tak mau tinggal sorang..dah tu asyik dok menangis cam kata P.Ramlee lerrr. Nangis lah ..Nangis lah...alhamdulillah peh berubat, dia ok.

Masa umur dia sekitar 3-5 tahun, punya ler nakal Hamba Allah sorang ni. Penah aku bawak dia gi umah mak sedara hubby aku kat Perak..Kitaorang dok rancak berborak kat atas umah sedangkan dia dok main kat bwh. Masa nak berjalan kerumah sedara mara, masing2 tercari2..mana kasut? satu pun tak de. Bila tanya dia..dia gelek kepala laju bukan main..acap tak nampak pon!Cari punya cari..rupa2nya di baling sumer kasut kitorang kat perdu nenas..Memang ler ko ni abang!Bila aku tanya, dia tak menjawab tapi biasa ler modal dia..mata berkelip2 pandang aku mintak simpati konon!

Masa birthday dia yg ke 3 tahun, kengkawan opis datang berikan hadiah diantaranya patung besar kat dia.Masa aku tertidur, dia amik lipstik aku..dicontengnya seluruh badan patung tu termasuk dgn dia2 sekali!! Habih sampai ke gigi dia sekali sumer merah menyala.Cam nak pengsan aku tengok ..udah cam badut sarkas! Jenuh gak ler aku menyabun satu badan dia termasuk patung yg dipanggil bobo tu.

Paling aku suka, time tidurkan dia...dalam banyak2 lagu...dia suka lagu "Tudung periuk" sebb mendayu2 kan lagu tu?. Dia hafal lirik lagu tu dan aku penah tape kan suara dia.Sayangnya adik aku lak gi "burn"kan lagu tu!Hampeh tol cik nana nih!Paling aku suka part lirik dia nyanyi time tu..Kain lah yg borok...kain yg borokkkkk. Masa tu dia plak kononnya nak tidorkan aku. Terpaksa ler aku pura2 pejamkan mata walaupun nada suaranya tu kelakar betul..Kalu aku tak tidor..mau dia rewind lagu tu berkali2..

Rase cam nak suruh dia kecik balik jerrr...Tapi kalu dah kecik, susah lak aku mengemas umah sorang2 kannn. Syukur padamu Tuhan kerana menganugerahkan putera dan puteri yg pandai menjaga hati ibu dan ayahnya...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com