Sunday, September 5, 2010

KUIH RAYA TAHUN 2010..

Kalau dulu aku tak penah nak pening kepala fikir pasal nak tempah kuih raya. Hubby aku ni jenis yg baik hati ..Pantang orang jumpa dia promote pasal kuih, mesti dia beli. Tambah lagi yg menjual kuih tu ...menjual suara mengoda dia tu...wuiii lagi ler laris cepat kuihnya. Kuihnya tu tak le sesedap mana! Sampaikan kuih mueh tu tak termakan2.Mana tak nyer.. isi rumah cuma 4 orang tapi kuihnya dah boleh disimpan untuk Hariraya Haji.

Tahun ni, aku plak amik alih tugas mengorder kuih tu. Jumaat lepas, ikut kengkawan masa lunch hour gi Damansara. Mulanya aku plan nak beli ala kadar jer. Tapi bila tiba kat situ...banyak lak kuih yg nampaknya sodap gitu.. Hasilnya...jeng! jeng! jeng! Aku beli 6 jenis kuih basah dan beberapa jenis kuih kering seperti Maruku dan kacang contohnya.

At least, adalah buat jamuan untuk tetamu yg datang berkunjung ke rumah nanti.Kalu dulu rajin gak aku buat open house ni tapi tahun ni datang ler maleh nyer tu..Keh keh!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com