Wednesday, September 22, 2010

NAK CANTIK DAN KUAT?..

Ramai di kalangan masyarakat kita ni begitu obses pada kecantikan dan ketrampilan hingga sanggup berusaha untuk mencari apa sahaja ubat atau produk kecantikan yg dijual di pasaran. Tapi tahu tak korang yg kebanyakan ubat yg korang beli tu sebenarnya bukannya membawa kebaikan malah merosakkan kesihatan korang sendiri.

Dalam akhbar hari ni ada melaporkan tentang rampasan yg dibuat oleh pihak yg berkenaan tentang ubat-ubatan dan produk kecantikan tersebut. Produk ini kebanyakan nyer tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan malah ianya mengandungi bahan kimia yg turut menjejaskan kesihatan.

Antara risiko yg korang akan dapat bila menggunakan produk ini ialah menghadapi masalah reput tulang jika bahan2 terlarang ni digunakan secara berlebihan. Di samping tu gak, pengguna akan mendapat sakit tulang dan sendi.

Kebanyakan produk tersebut adalah jenama dari Indonesia. Di antara nya ialah produk yg menjadi rebutan pria dan wanita...jamu kuat dan jamu rapat....So pada sapa2 pengguna setia produk2 bekenaan, rentikan ler sebelum jamu rapat korang tu membuat mata korang turut rapat.

Senang citer, tiru macam sayaaaa...kata Saloma. Guna ajer cara tradisional yg diwarisi nenek moyang dulu ..Tak de ler timbulnya kes2 reput tulang dan sendi segala ni...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com