Thursday, September 30, 2010
PESEN ANAK SEKARANG !
(Ku buat mak ko cam bibik Indon yerk??)
Aku betul2 tak faham trend anak2 sekarang yg suka membebankan mak bapak...Dulu masa kecik2..memang ler tanggung jawab dorang utk jaga kita tapi tak kan ler bila korang dah pikul tanggung jawab sendiri, masih nak membebankan mak bapak menjaga anak korang gak.
Ramai di kalangan kita amik mudah dgn soal tanggung jawab ni. Contoh paling ketara aku nak bagi ialah..anak korang sendiri.. Nama lagi dah beranak tu, buat ler cara dah beranak! Ni tak !! Mak bapak gak yg dibebankan jadi maid korang. Dalam usia dorang tu, korang kena ingat..dorang tak sesuai lagi nak menjaga budak dengan kenakalan yg ditahap maksima tu. Umur cam dorang tu sepatutnya banyak dihabiskan di surau atau masjid. Paling tidak, usia cam tu perlu banyak berehat apatah lagi keadaan kesihatan yg tak mengizinkan.
Penah tak korang fikir..kengkadang mak bapak ni terpaksa pendamkan kepenatan mereka hanya kerana kesian dgn anak2 mereka! Peliknya..anak2 ni tak plak kesian dgn makbapak!Paling teruk tu, ada dikalangan kita ni buat mak dia cam bibik! udah ler kena jaga anak, makan dia pun mak gak yg kena masakkan. Tolong masak jauh sekali...balik keja, makanan dah terhidang atas meja, anak dah siap diberi makan dan mandi.
Korang fikir kat mana yg dinamakan tanggung jawab cenggitu??Orang nak kahwin, korang gatai nak kawin...org beranak...korang tak de anak gi kutip anak orang buat anak angkat peh tu kulikan mak bapak...Korang ingat dgn duit yg korang bagi tak seberapa tu boleh ler korang menghambakan orang tua!
Heh! korang dah besar..fikir ler sendiri..Karang kalu aku sampai mencarut..korang pun tak gemar gak nak dengar kan? kan?...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com