Tuesday, September 14, 2010
ENJOY NYA DIA..
Semalam sebagai yg dijanji Baby kat cousin dia, terpaksa le aku yg memenuhi permintaan dorang utk pegi ke taman permainan.. Yer lah kan..boring asyik dok umah main Play Station, main ultraman..tengok tv.
Bila aku tengok dorang berkejar-kejaran sana sini..terfikir aku seketika memang enjoy jadik bebudak ni..tak yah nak fikir pasal kerja, tak de masalah apa2 yg nak diselesaikan..Celik mata jer, peh makan...pegi main..tu ler aktiviti dorang..
Cam Naim dan Naufal ni, Aku pujuk dorang makan nasi dulu, baru boleh bagi susu..Takut nanti leka minum susu..tak mau dah jamah nasi langsung.Bukan nak mendera tapi aku nak pastikan dorang ni betul2 kenyang. Kang balik umah mak dia, komplen aku tak kasik makan plak! hihi..
Punya ler aktifnya bebudak ni, berpeluh2 berlari sana sini. aku pulak yg penat menengoknya. Mulut aku tak henti2 mengomel bila tengok si adik berlari sampai terjatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com