Monday, September 27, 2010

NONTON TEATER !!


(Gambar kenangan di Istana Budaya, Abg dan Baby..kemainn dia!)


(Apa2 pun ..posing dulu sebelum teater bermula...)

Enjoy! Tu yang boleh aku katakan sewaktu menonton Teater Muzikal Tun Mahathir hari Ahad 26 September lepas. Aku ni memang tak berminat dengan teater sebelum ni tapi disebabkan ianya tentang cerita tokoh politik yg aku kagumi...aku jadi teruja.

Tapi..nak citer sket lah kan...Aku frust gak sebenarnya. Apa yg aku aku harapkan tentang cerita tentang Tun ni tak menyeluruh sebenarnya. Aku begitu teruja sangat nak tau bagaimana Tun mendapat idea untuk membina Putrajaya, KLCC dan segala pembangunan ketika dia menjadi Perdana Menteri dulu.


(Barisan pelakon teater yg menjayakan teater bersama Tun Dr. Siti Hasmah)

Aku rase cerita tu boleh diolah lagi menjadi cerita yg menarik sekiranya plot2 yg kurang menyerlah tu diganti dgn cerita yg lebih menyeluruh tentang Tun. Misalnya ketika Tun meletakkan jawatan secara tiba2..Aku teringin sangat nak tau, apa sebenarnya cerita disebalik keputusan Tun yg agak drastik tu.




Melalui teater tu, banyak benda yg buat aku sedar dan mengagumi insan yg bernama Tun Mahathir ni. Seorang yg berjiwa kental, bersemangat untuk meningkatkan martabat bangsanya..Sayangnya seperti kata Tun...MELAYU MUDAH LUPA.. Aku sebak bila mendengar petikan sajak yg dibaca beliau..berbunyi.."Tiada yg lebih menyedihkan..dari melihat Bangsaku dihina.."



Sesungguhnya perjuangan Tun memang masih belum selesai dan tugas kita sebagai generasi baru adalah menyambung perjuangan beliau. Semuga apa yg diimpikan Tun tercapai suatu ketika kelak..Seperti kata Hang Tuah..."TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com