Tuesday, September 7, 2010
CEPAT LER KORANG CUTI...
Opis aku dah hampir lenggang bila sumer orang plan cuti raya. Aku yang raya kat bandar ni rasenya tak yah ler nak plan cuti bagai sebb cuti yg company bagi pun dah banyak.
Walau pun Hari Khamis nanti, cuma aku jer yg bekerja kat Finance Department ni tapi aku tak kisah. Tak pe korang...pegi lah beraya balik kampung tu sebb mak ayah korang ada kat kampung kan. Lain ler cam aku ni..mak ayah dan adik beradik sumer dah berkampung di sini. Senang sket keja aku kan..tak yah ler cam korang yg nak masam muka dengan laki memasing sebb mogok tak dapat balik kampung sendiri.Keh! Keh!
Aku rase kalu mak bapak aku kat kampung pun, konpem mesti hubby aku nak balik umah dorang gak sebb dia ni mmmg lebih mesra dan seronok beraya dengan mertuanya. Sejuk hati aku bila tengok layanan dia kat mertuanya macam mak bapak dia sendiri.
Anyway..sebenarnya aku suka korang cepat2 balik kampung sebb aku nak sambong shopping!!! yehahhh! Lenggang sket jalan dan tak yah ler aku nak bersesak2 cam ari tu. Aku ada benda lagi yg tak cukup nih...orang p'poan ler katakan...selagi ada duit di tangan..tak de mende cukup nyer...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com