Tuesday, September 28, 2010

MAIN KUTU


(Aku paling geli tengok kutu ni)

Semalam aku menonton berita tentang penangkapan sepasang suami isteri yg menjalankan perniagaan kutu melalui wang pos. yang hebatnya tu pasangan tersebut berjaya mengutip keuntungan sebanyak 30 juta!. Hebat tak hebat tu orang Melayu!!Dapat untung 30 juta tapi denda cuma 5 ribu jerr!

Oleh kerana itu, kuar ler dalam paper ari ni mengatakan bahawa permainan kutu ni sebenarnya adalah diharamkan dan ianya termaktub dalam Akta tahun 1971 lagi. Aku rasa berita ni memang mengejutkan ramai pihak terutama pihak yg terlibat bermain kutu setelah beberapa tahun ni. Peliknya tu mengapa baru sekarang di beritahu bahawa permainan kutu yg popular sejak aku masih kecil lagi tu adalah diharamkan??

Pendapat aku lah kan...permainan kutu yg korang main tu tak sama dengan kutu yg pasangan tersebut jalankan. Perbezaaan antara keduanya jelas dimana kutu yg dibuat oleh pasangan tersebut berasaskan perniagaan untuk mengaut keuntungan. Sementara kutu yg korang buat tu tidak ada langsung keuntungan yg wujud di mana semua orang mendapat hak dan jumlah yg sama.

Aku rasa pemainan kutu yg tidak berlandaskan keuntungan tu perlu diteruskan kerana ianya mendatangkan kebaikan utk semua pihak. Dengan duit yg didapati secara rotation tu..sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan sampingan. Aku tak nampak pun ianya menindas atau merugikan sesiapa pun. Dari masyarakat kita berhutang dengan along lebih baik menggunakan cara ini untuk mendapatkan duit.

Apapun for your info...aku tak penah main kutu ni sebab sukar utk aku mempercayai orang. Aku rase lebih selamat jika menyimpan duit dalam bank. Interest pun dapat kan!
Pada korang di luar sana...tepuk dada tanya selera....fikir ler mana yg terbaik!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com