Monday, January 2, 2012

2011 DALAM LIPATAN MEMORI

Tahun 2011 berlalu dengan membawa seribu kenangan pahit manis suka dan duka..Bagi aku, tahun 2011 ni banyak mencatatkan sejarah pahit buat aku. Pemergian Abah yang tersayang pada 22/4/2011 memberi kesan mendalam kepada kami sekeluarga.

Tahun ini juga mencabar kesabaran aku menghadapi penyewa yang sakit mental yang tak punya maruah ..duduk umah orang macam rumah moyang dia jer..suka2 tak bayar sewa dan mencuri air dan api. Semua ini berkesudahan dengan keputusan untuk mengheret dia ke mahkamah.

Kami juga bermati2an mempertahankan tanah arwah Abah di kampung tapi mungkin bukan rezeki..tanah tu jatuh ke tangan anak saudara dia yang penah satu ketika dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh. Tergamak dia merampas tanah yang menjadi hak Abah selama ini tanpa izin dan redha dari kami dunia dan akhirat.

Aku ingin membuang jauh2 kenangan pahit ini dan membiarkan dia luput dalam ingatanku. Pengalaman pahit ini mengajar aku untuk lebih berhati2 dalam mempercayai orang kerana bukan semua orang yang rapat dengan kita tu sebenarnya mempunyai niat yang baik bak kata pepatah..telunjuk lurus tapi kelingking berkait!

Semuga tahun 2012 ini akan membawa sinar kebahagiaan dan keceriaan buat kami semua.***********"PERGILAH DERITA...DATANGLAH BAHAGIA***********************

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com